Wednesday, September 23, 2015

Luar Saja Lain..... Pakatan Harapan : Nama Lain Spesis Itu Juga

Sebetulnya tidak ada beza antara Pakatan Rakyat dengan Pakatan Harapan – gabungan baru pembangkang yang ditubuhkan hari ini.  Konsep kedua-dua Pakatan  itu adalah sama, dianggotai 3 parti pembangkang, bertanding masih guna lambang parti masing-masing dan ketuanya masih DAP.

Tak berubah dari dulu, tujuannya nak menipu konon ini pembangkang bersatu..

Ia adalah mudah untuk menubuhkan parti baru dari mendaftarkan Pakatan Rakyat untuk saing bersama adil dengan BN dalam pilihanraya.  1001 alasan dicari untuk tidak bertanding atas nama Pakatan ini, kes yang sama kita akan lihat berlaku dalam Pakatan Harapan.
















Diakhirnya, penyakit sama yang membawa kepada hancurnya Pakatan Rakyat, akan turut berlaku dalam ini Pakatan Harapan seterusnya menjadikan mereka yang bodoh untuk menyokong mereka sebagai mangsanya.  Sekalipun kedudukan sekarang berbeza, DAP ada anak baru yang mereka lahirkan untuk ganti PAS, Amanah tapi tak sama.

Amanah adalah parti serpihan PAS, dipimpin oleh orang yang tidak berapa stabil emosinya, Mat Sabu.  Mat Sabu bukan setakat tak stabil emosi, dia juga bodoh macam lembu.  Menjadikan parti ini nanti penuh dengan pergolakan dalaman yang tidak ada sudah sebab siapa yang  boleh berketuakan orang bodoh macam Mat Sabu.

Mat Sabu diploma pun tidak ada, berbanding Mujahid Rawa (PHd), Khalid Samad (Jurutera bertauliah) dan lain-lain. Mazlan Aliman paling cikai pun ada kelayakan jadi peguam, takkan semua cerdik pandai ni nak berketuakan Mat Sabu?  Bodoh benarlah kalau begitu.

Awal-awal pun Amanah ini dah tak stabil selain hakikat ia ditubuhkan DAP, tak hairan kenapa Anwar tetap mahukan PAS dalam Pakatan Harapan, tapi sebagai banduan, banyak mana sangat yang dia boleh buat?  Amanah pun tidak ada sokongan akar umbi macam PAS, harap wakil rakyat PAS berpindah masuk parti mereka saja.

Jadi kepada rakyat di luar sana, jangan bimbang.  Ini Pakatan Harapan tidak akan boleh pergi jauh, sama macam Pakatan Rakyat juga.  Nama pun dah dekat-dekat dengan pergerakan Kristian Sedunia (Hope), carilah di Interent untuk lebih mudah pemahaman.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment