Friday, September 25, 2015
Mat Sabu Dihalang Sampai Khutbah Aidiladha
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dihalang
menyampaikan khutbah sempena Hari Raya Aidiladha, di Surau Tuan Guru
Haji Md Rejab di Beseri, Perlis, hari ini.
Arahan itu dikeluarkan Ketua Polis Perlis, SAC Shafie Ismail melalui
sepucuk surat bertarikh 23 September yang dihantar kepada pengerusi
surau berkenaan, Abd Rahman Md Rejab.
Menurut surat itu, Shafie meminta Abd Rahman tidak membenarkan Mat Sabu
menyampaikan khutbah, atas faktor keselamatan yang tidak perlu
dinyatakan.
Pihak surau bagaimanapun akur dengan arahan berkenaan dan Mat Sabu tidak
dapat menyampaikan khutbah yang menjadi kelazimannya, apabila pulang ke
kampung mertuanya di Perlis, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri atau
Aidiladha.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Santan, Zolkharnain Abidin
kemudiannya menggantikan Mat Sabu, dengan menyampaikan khutbah pendek.
Selepas khutbah itu selesai, Mat Sabu tetap tampil ke hadapan, namun
bukan untuk berkhutbah, sebaliknya sekadar menyampaikan ceramah umum.
Turut hadir di ceramah berkenaan adalah Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Mohd Tahir.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment