Tuesday, September 22, 2015

Bunuh Anjing Liar - Guan Eng Kini Dikecam Pertubuhan Antarabangsa

Selepas teruk dikecam oleh rakyat di Pulau Pinang berkenaan isu pembunuhan anjing liar di negeri ini, Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini memilih untuk menyalahkan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Save Our Strays (SOS) Penang dan NGO luar negara, Mission Rabies.

Guan Eng mendakwa dua NGO berkenaan sengaja mahu menjatuhkan imej kerajaan DAP negeri apabila mendakwa pihaknya tidak memberi sebarang respon terhadap usaha membasmi wabak penyakit anjing gila atau rabies.

Guan eng menyifatkan perkara itu sebagai tidak benar kerana kerajaan negeri telah mengadakan perjumpaan bersama pengasas SOS, April Sham pada Ahad lepas, selain mengadakan persidangan televideo dengan wakil Perkhidmatan Veterinari Sedunia (WVS) bagi membincangkan penyelesaian terbaik bagi mengatasi wabak itu.

“Saya kesal dengan kenyataan Mission Rabies kerana mereka merupakan badan antarabangsa dan tidak harus mengeluarkan kenyataan tidak benar,” katanya pada sidang media pada Selasa.

Langkah membunuh anjing-anjing jalanan di Pulau Pinang diumumkan Guan Eng pada Khamis lepas bagi mengawal merebaknya rabies.

Tindakan itu bagaimanapun dibantah oleh beberapa NGO yang turut berhimpun di depan pejabat kerajaan negeri di KOMTAR pada Jumaat lalu.

Sebuah NGO Stop Killing, Start Vaccinating menyeru kerajaan negeri supaya menghentikan aktiviti pelupusan anjing jalanan di sekitar Pulau Pinang yang dianggap kejam.

“Kes ini bukanlah isu politik yang akan menaikkan populariti saya, tetapi ia merupakan kes yang perlu ditangani dengan lebih serius kerana ia melibatkan nyawa manusia, ” katanya Guan eng dengan angkuh.

Perbuatan Guan Eng yang mengawal wabak anjing gila di P.Pinang dengan membunuh lebih dari 1000 ekor anjing liar, kini mendapat tentangan hebat dari seluruh masyarakat. Malah kebanyakan rakyat negeri ini menganggap Guan Eng lebih gila dari anjing yang dibunuhnya.

Walaupun terdapat vaksin yang mampu mengubati wabak berkenaan, Guan Eng dan kerajaan negeri DAP lebih gemar memilih untuk membunuh seluruh anjing liar di P.Pinang yang dianggarkan berjumlah 40 ribu ekor.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment