Tuesday, September 22, 2015

UMNO Siasat Saifuddin Abdullah Hadir Perasmian Pakatan Harapan... Talam 2 muka Ni

KUALA LUMPUR : UMNO akan menyiasat terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan disiplin diambil ke atas bekas menteri Datuk Saifuddin Abdullah yang menghadiri program perasmian gabungan pembangkang baharu, Pakatan Harapan.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan berkata, mana-mana pihak tidak sepatutnya membuat kesimpulan sendiri sementara menunggu laporan penuh siasatan.

"Kami akan siasat hal itu sebelum ambil tindakan," katanya memetik laporan The Malaysian Insider.

Saifuddin hari ini hadir ke program pelancaran Pakatan Harapan, tetapi atas kapasiti sebagai ketua pegawai eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).

Tengku Adnan, juga dikenali sebagai Ku Nan, bagaimanapun tidak menyatakan sama ada tindakan Saifuddin itu melanggar disiplin parti walaupun hadir bukan atas kapasiti sebagai seorang ahli Umno.

Tiga parti pembangkang terdiri daripada PKR, DAP dan parti baharu serpihan PAS, Parti Amanah Negara (Amanah), secara rasmi membentuk Pakatan Harapan sebagai wadah baharu selepas Pakatan Rakyat berkubur.

Saifuddin sebelum ini juga lantang terhadap pemerintah Barisan Nasional. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment