Thursday, August 27, 2015
17 Mahasiswa Berkampung di Parlimen Di Reman 3 Hari... Rasakanlah BODOH Diri Sendiri !!!
KUALA LUMPUR : Polis hari ini memperolehi perintah reman selama tiga hari
terhadap 17 mahasiswa yang ditahan di luar bangunan Parlimen malam tadi
kerana bertindak mengadakan protes menuntut peletakan jawatan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Semua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan yang
melarang segala aktiviti yang boleh menjejaskan demokrasi berparlimen,
dan mengikut Akta Perhimpunan Awam 2012, kata presiden Peguam Malaysia
Steven Thiru.
Steven yang juga merupakan pemerhati dalam kes ini berkata, polis pada
awalnya meminta perintah reman selama 7 hari namun dibenarkan 3 hari
oleh mahkamah.
Kesemua pelajar tersebut akan ditahan di lokap balai polis Jinjang bagi membantu siasatan.
Mereka ditahan kira-kira jam 10.30 malam semalam selepas enggan untuk
beredar walaupun diarahkan polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Semalam, kira-kira 50 anggota polis yang berada di tempat protes
tersebut mengarahkan kumpulan mahasiswa yang berkampung dengan duduk dan
bermalam di tepi jalan Parlimen itu untuk bersurai.
Kumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka “Langkah Siswa” itu
merupakan sebahagian daripada protes duduk #Occupy Parlimen yang
diadakan sejak Isnin lalu, menggesa peletakan jawatan Najib.
Kumpulan pelajar tersebut yang duduk di situ secara bergilir-gilir
berikrar tidak akan meninggalkan kawasan tersebut sehingga Najib
meletakkan jawatan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment