Thursday, August 27, 2015
Lawak Bodoh! Anwar Isytihar 30 Ogos Hari Terakhir Kerajaan BN!
KUALA LUMPUR : Entah hendak dikatakan bodoh atau lawak, namun inilah
kenyataan paling aneh dalah sejarah Malaysia ketika pembangkang mahukan
proses pilihan raya yang telus, mereka sendiri pun tidak percaya pada
konsep pilihan raya.
Buktinya pembangkang sedia menggulingkan kerajaan yang sah dipilih
secara demokrasi dengan apa cara sekali pun termasuk menganjurkan
perhimpunan haram jalanan kononnya majoriti rakyat menyokong mereka.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim malah
mengisytiharkan sambutan kemerdekaan pada malam 30 Ogos ini adalah hari
terakhir pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) di Malaysia.
Anwar yang sedang merengkok dalam penjara kerana kesalahan meliwat
melalui satu perutusan turut mendakwa hari tersebut adalah pengakhiran
ke atas kezaliman serta penindasan yang dilakukan kerajaan terhadap
rakyat.
“Gegaran Merdeka menandakan berakhirnya pemerintahan penjajahan curang kerana penindasan dan kezaliman.
“Merdeka juga mengusung gagasan besar dan keyakinan baru menegak
keadilan dan negara hukum serta memacu pertumbuhan dengan jaminan
pengagihan saksama,” tegasnya dalam perutusan yang disebarkan oleh Biro
Komunikasi PKR hari ini.
Anwar mendakwa, sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos ini kononnya bakal
membebaskan kehidupan rakyat yang sedang melarat dan sekatan ke atas hak
kebebasan mereka oleh kerajaan.
Untuk rekod, beliau sebelum ini pernah ‘memperbodohkan’ satu dunia yang
habis mempercayai dakyah propaganda dibuatnya bahawa BN di bawah perdana
menteri waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi akan tumbang pada 16
September 2008 lalu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment