Thursday, August 27, 2015
Matawang Malaysia Tidak Laku Memang Fitnah Tidak Masuk Akal
Azeez Rahim dengan tegas menafikan khabar angin kununnya matawang ringgit negara kita tidak laku di tanah suci....
Dikala waktu ini sedang berlangsungnya musim ibadah Haji, tiba-tiba
muncul juak juak yang tidak bertanggungjawab membawa perkhabaran palsu
bernilai FITNAH menyebarkan berita menakut-nakutkan jemaah yang masih
belum berangkat untuk mendepani kepayahan jika mahu berbelanja sewaktu
berada di Mekah dan Madinah.
Viral semakin teruk di laman laman sosial dan mesej Whatsapp Group cuba
memburuk-burukan imej negara yang sedang bergelut dengan krisis nilai
matawang ringgit yang sedang susut sedikit sekarang ini.
Azeez Rahim agak kecewa dengan fitnah jahat ini kerana menurutnya
keadaan kesemua jemaah dibawah seliaan Tabung Haji memang sangat teratur
dan dijaga dengan baik.
Sebenarnya tidak timbul langsung isu jemaah haji membawa matawang
ringgit ke tanah suci kerana setiap Maktab [iaitu hotel penginapan]
memang tersedia ada pusat khidmat kewangan Tabung Haji.
Pusat khidmat ini lengkap dengan kaunter kaunter pengeluaran wang yang
akan membayar dalam bentuk matawang Riyal buat setiap jemaah haji.
Malah semua jemaah mendapat kesitimewaan kerana tidak pelu langsung membawa buku simpanan untuk urusan pengeluaran wang.
Cukup sekadar menunjukkan kad pengenalan Haji yang sentiasa digantungkan
sepanjang tempoh berada disana, dan pihak Tabung Haji juga membenarkan
pengeluaran walaupun hanya menunjukkan gelang tangan jemaah.
Maka disini jelas terbukti tidak ada logik kenapa harus mana mana jemaah
kita bersusah payah mahu pergi merayau pergi mencari penukar wang asing
dan membawa matawang ringgit...? Tidak masuk akal langsung !
Ringgit Tak Laku Di Mekah Dan Madinah Adalah Berita PALSU Berniat JAHAT...!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment