Saturday, September 19, 2015
Bubarkan Sahaja Majlis Raja-Raja Melayu, Askar Melayu Jika Malu Bercakap Soal Melayu
Tulisan ini bukan mahu menghasut agar dihapuskan Raja-raja Melayu atau mahu membubarkan Raja-Raja Melayu. Kita harus kekalkan raja-raja Melayu sebagai satu sistem yang diwarisi sejak zaman berzaman dan sebahagian daripada pentadbiran negara.
Cuma apabila sudah ada kerabat Di Raja bertitah seolah-olah bercakap soal Melayu, isu Melayu ini merupakan satu yang jijik dan hina, maka jalan terbaik eloklah dibubarkan institusi raja-raja Melayu agar beliau tidak lagi merasa terhina dan tersisih dengan warisan tersebut.
Seorang bekas pegawai tentera turut menyarankan agar dibubarkan Rejimen Askar Melayu Di Raja jika kita sudah tidak boleh bercakap soal Melayu dan dianggap perkauman apabila bercakap soal Melayu.
Sudah tentu kita tidak menyokong perkauman melampau dan menghina atau menindas kaum lain. Namun adalah tidak adil untuk mana-mana kerabat Di Raja yang menikmati kedudukan dan keistimewaan kerana perjuangan orang Melayu, hari ini menganggap bercakap isu orang Melayu adalah sesuatu yang rasis dan memalukan.
Mungkin ada segelintir orang Melayu telah bercakap dalam gaya perkauman melampaui batas. Namun apa relevan untuk mana-mana kerabat Di Raja membuat kenyataan dan masuk campur sehingga ke tahap menganggap tidak lagi relevan dan satu keaiban besar bercakap soal Melayu.
Sebagai pemimpin dan pembesar negara, sama ada kerabat Di Raja atau bekas pemimpin negara, mereka tidak boleh menjadi satu dua ucapan provokasi oleh mana-mana orang Melayu untuk menghancurkan terus perjuangan Melayu.
Kenyatan seorang dua Melayu biasa yang bersikap perkauman tidak akan menjejaskan negara. Sebaliknya, kenyataan mereka yang memberi isyarat tidak lagi menyokong perjuangan Melayu boleh memberi banyak implikasi negatif kepada orang Melayu sendiri.
Ya, kita akui sebahagian pengurusan perhimpunan Merah tempoh hari telah “dirampas” oleh mereka yang bersikap perkauman melampau dan kurang ajar. Nmaun ia hanya sebahagian kecil yang tidak seharusnya memerlukan keluarga di raja atau bekas pemimpin besar negara menyindir dan mengherdik perjuangan Melayu itu sendiri.
Jika tidak mampu menyumbang kebaikan, berdiam diri sudah tentu lebih baik.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment