Thursday, September 17, 2015

Kisah Dua 'Melayu Ultra' Yang Sebenarnya Tidak 'Melayu Ultra'...

EDITOR MENULIS...
17 SEPTEMBER 2015
Himpunan Rakyat Bersatu telah berakhir semalam. Berlaku adil, saya memang akui bahawa himpunan 'baju merah' yang berlangsung di Padang Merbok di ibu negara itu berlaku secara aman dan tidak berlaku sebarang tindakan biadap, mahupun berunsur perkauman sebagaimana yang didakwa.

Walau bagaimanapun, memang berlaku sedikit kekecohan di depan pintu gerbang di Petaling Street.

Tidak dapat dipastikan siapa punya angkara. Ada yang mengatakan ianya adalah angkara sekumpulan yang bukan PESAKA, dan ada yang mengatakan ia adalah angkara pihak yang menyamar menjadi peserta himpunan. Apa pun, biarkan pihak berkuasa yang siasat.

Saya sebenarnya tertunggu-tunggu kelibat dua individu yang sebelum ini dicanang-canang sebagai 'Ultra-Malays' atau 'Melayu Ultra'. Sebelum ini, boleh dikatakan hampir semua program, aktivis atau perjuangan yang membabitkan perjuangan bangsa Melayu, dua tokoh itulah yang akan berada di barisan hadapan.

Sebagaimana maklum, Himpunan Rakyat Bersatu itu juga adalah sebuah himpunan umat Melayu beragama Islam yang mempertahan dan memperjuang maruah agama dan ketuanan bangsa asal di negara ini. Dalam kata lain, ia adalah himpunan bangsa Melayu.

Malangnya, hingga himpunan itu berakhir semalam, tiada pun kelibat dua tokoh anak beranak 'Melayu Ultra' itu di Padang Merbok. Jangankan batang tubuh, kelibat bayang pun tidak kelihatan. Tidak dapat dipastikan ke mana dia 'Melayu' tersebut, siapa lagi kalau bukan Tun Dr Mahathir Mohamad dan anak kesayangannya, Dato' Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir...

Apa yang saya sedia maklum, kedua anak beranak itu berasal dari negeri Kedah. Melihat tentang kehadiran peserta semalam, saya dapati ada kumpulan besar anak-anak muda yang datangnya dari negeri di sebelah utara itu.

Kenapa Tun Dr Mahathir dan Mukhriz tidak hadir? Si bapa sudah awal-awal lagi bermain 'psycho' dengan pendapatnya yang konon himpunan baju merah itu bukan untuk perjuangkan bangsa Melayu, namun malangnya anak beliau tidak berbunyi langsung!

Ke mana perginya Tun Dr Mahathir dan Mukhriz? Ketidakhadiran mereka menimbulkan seribu persoalan di akal fikiran saya. Benarkah mereka pejuang Melayu? Apakah benar mereka 'Ultra Malays'? Atau mereka sebelum ini hanya berlakon sebagai 'Melayu Ultra' untuk meraih sokongan politik di dalam UMNO?

Saya enggan mengungkit asal-usul atau latar belakang keturunan anak beranak itu. Nanti melenting pula mereka dan 'macai-macai' mereka yang dikatakan sedang bermaharajalela di negeri Kedah.

Namun pada pandangan saya lah, adalah sangat memalukan apabila mereka hanya 'berjuang' untuk Melayu apabila tindakan itu dilihat memberi pulangan kepada kepentingan politik mereka. 

Amat-amat memalukan sentimen bangsa itu dimanipulasi untuk meraih sokongan peribadi, terutama di dalam UMNO.

Tun Dr Mahathir misalnya pernah menulis 'The Malay Dilemma' dalam usaha menjatuhkan Bapa Kemerdekaan, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra. Mengapi-apikan bangsa dan seolah mendabik dada sebagai 'hero' orang Melayu tanpa budi bahasa, beliau dikatakan telah memaki hamun Tunku di dalam buku tersebut sebagai menyebelahi kaum Cina.

Menerusi satu wawancara dengan Allahyarham Tunku, beliau meluahkan rasa kesal dan kecewa terhadap Tun Dr Mahathir atas buku tersebut yang secara tidak langsung mengangkatnya sebagai 'Ultra Malay'. Padahal, buku itu ditulis untuk menjatuhkan Tunku sahaja...

Saya pada awalnya enggan menafikan sifat "Melayu Ultra' yang ada pada Tun Dr Mahathir dan anaknya itu. Namun setelah pasti mereka berdua tidak hadir ke himpunan yang menyaksikan umat Melayu bersatu kembali dalam jumlah yang besar semalam buat julung-julung kalinya, maka saya terpaksa akui bahawa mereka berdua bukanlah "Melayu Ultra' sebagaimana yang didakwa.

Maaf cakaplah, jiwa besar anak-anak muda dan rombongan bangsa Melayu dari Kedah yang hadir ke Himpunan Rakyat Bersatu semalam adalah lebih 'Ultra Malays' berbanding Tun Dr Mahathir dan keluarga. Mereka lebih menghargai dan mementingkan perjuangan agama, bangsa Melayu dan tanahair...

Padanlah Tun Dr Mahathir sebelum ini langsung tidak mengecam anak perempuannya, Marina, yang bersekongkol dengan Ambiga, Marina Chin dan LGBT. Sayangnya pada Marina adalah lebih daripada sayangnya pada Islam, Melayu dan Malaysia. Malah beliau sendiri hadir ke Bersih 4 sebanyak dua kali berturut-turut.

Jika gagal mendidik anak sulungnya sendiri, apakah beliau boleh dianggap berjaya mendidik anak bangsa Melayu? Diharap beliau tarik anaknya dari memakai baju kuning, tapi beliau sendiri yang menyertai himpunan baju kuning? Begitulah 'Melayu'nya CheDet di usia tuanya....

Fikir-fikirkanlah bersama...

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMoEhF9SBhGuMMWIV247Ei5tk94Gj0YZzzVJ89eF5zV2i_PTSXZix083XM6cNxgxRKqJVlk_dzM3qh_CPVXlkPkZB0_x5juQCeaPmBKncSpi1G3uh1xNh8OkMjfbMkCEyrUxxs6QiNXbsi/s1600/Debat+93.JPG
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment