Saturday, September 19, 2015

Hadi Awang Nasihatkan Mat Sabu Dan Pengkhianat Parti Agar Bertaubat

Presiden Pas Datuk Sering Abdul Hadi Awang menyifatkan penubuhan pakatan baharu yang disertai Pas tidak akan terbentuk kerana Pas tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pengkhianat.

Hadi berkata, Pas tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan mana-mana parti pengkhianat yang mahu mengkhianati parti Islam itu mahupun memiliki rekod mengkhianati perjuangan parti.

"Tak boleh sama sekali," kata Hadi menerusi satu klip video yang dimuat naik di akaun Facenook Pas semalam.

Beliau yang mengeluarkan kenyataan itu dipercayai merujuk kepada Parti Amanah Negara (Amanah) kerana parti itu ditubuhkan oleh bekas pemimpin parti Islam itu yang tewas pada pemilihan Pas lalu.

Menyifatkan perbuatan Amanah mengkhianati perjuangan mereka, Presiden Pas itu berkata, Pas sedia bekerjasama dengan pihak lawan berbanding pengkhianat yang lebih teruk dan bahaya dari musuh.

Menurut Hadi, orang yang mengkhianati perjuangan parti hanya berdepan dua pilihan iaitu kembali kepada parti atau akan dihapuskan.

"Orang yang khianat pada perjuangan tiada pilihan sama ada dia balik atau dihapuskan, dia bertaubat.

"Ini cara perjuangan Islam, tak boleh orang yang ada rekod khianat perjuangan, tak boleh sama sekali," katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment