Thursday, September 17, 2015

Jangan Nak Meroyanlah... Keluar UMNO Lagi Baik Orang Seperti Ini

KUALA LUMPUR : Hanya jika dipecat Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan akan mempertimbangkan untuk menyertai parti lain sebagai platform bagi meneruskan perjuangan mempertahankan kebenaran.

Tidak menolak kemungkinan pemecatan itu boleh berlaku, beliau berkata, lebih-lebih lagi susulan tindakannya membuat laporan berhubung isu kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Saya tetap setia bersama Umno kerana sayangkan perjuangannya. Saya juga tidak pernah kecewa dengan Umno  walaupun tahu banyak pihak yang memandang negatif tindakan saya, tetapi ia dilakukan untuk kebaikan parti kerana Umno bukan milik pemimpin tertentu.

"Memang ada yang cuba menawarkan keahlian dan juga jawatan dalam parti kepada saya, tetapi setakat ini pendirian saya jelas untuk terus bersama Umno," katanya ketika ditemui di kediamannya di Mont Kiara di sini.

Khairuddin yang pernah dikenali sebagai penerbit buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM", kali ini mencetuskan kontroversi apabila membuat laporan polis berkaitan syarikat pelaburan kerajaan, 1MDB.

Selain laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beliau juga ke Perancis, Switzerland, Hong Kong dan Singapura untuk tujuan sama.

Setakat ini, tindakan membeku akaun berkaitan kes berkenaan telah dilaksanakan pihak berkuasa Singapura dan Perancis.

Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu berkata, latar belakang keluarganya di kalangan pejuang kemerdekaan dan Umno menyebabkan semangat untuk mempertahankan parti itu kental dalam dirinya.

Malahan, beliau juga mengakui tidak rasa penat berdepan dengan isu kontroversi 1MDB kerana sayangkan negara, agama dan bangsa.

"Saya nak berjuang habis-habisan," katanya yang berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat PhD ke luar negara dalam bidang sains politik. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment