Sunday, September 20, 2015
Kami Tidak Akan Sertai Pakatan Baru Jika PAS Ada, Kata DAP Kepada PKR.....
KUALA LUMPUR : DAP berkeras ia tidak akan menyertai gabungan baru parti pembangkang, Pakatan Rakyat 2.0, jika PKR tetap mahu mengekalkan PAS sebagai anggota, menurut pemimpin parti itu.
Pemimpin DAP itu berkata, jurang perhubungan di antara dua bekas sekutu itu sudah terlalu dalam untuk dibaiki, sambil menambah adalah mustahil untuk bekerja dengan PAS selagi parti Islam berkenaan dipimpin oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Kami tidak boleh bekerja dengan PAS dipimpin Hadi Awang, kecuali mereka bersedia untuk menggugurkan beberapa perkara yang menjadi pendirian mereka,” kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor DAP, Ramkarpal Singh kepada para pemberita.
“Dengan barisan pimpinan DAP yang ada sekarang, ia adalah mustahil,” tambahnya, merujuk kepada gabungan baru parti pembangkang itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment