Saturday, September 19, 2015

Kos Pembersihan RM38k & RM50k : Apa Motif The Star Terhadap Himpunan Aman Merah?

elviza michele twitterSejujurnya, kita semuas tertanya-tanya akan sikap akhbar The Star yang penulis lihat berat sebelah kepada penganjuran Himpunan Merah.
Beberapa hari menjelang 16 September, The Star telah mengeluarkan laporan bahawa Himpunan Merah akan menyebabkan premis perniagaan terpaksa ditutup dan atas hujah inilah maka himpunan tersebut diklasifikasikan sebagai “tidak bagus” untuk ekonomi negara.
Penulis tidak mempunyai masalah dengan laporan akhbar tersebut, kerana jika dibaca, ianya berdasarkan pendapat-pendapat dari peniaga-peniaga (dakwa The Star, ia atau tidak, The Star sahaja yang tahu) di sekitar kawasan yang bakal dilanda lautan merah.
Namun, mengapa sewaktu BERSIH berlangsung, The Star tidak mengeluarkan laporan-laporan sedemikian? Mengapa The Star perlu bersikap selektif dalam mengetengahkan hujah? Mengapa perlu menjurus kepada Himpunan Merah sahaja? Motif?
Seolah menjadi juara isu untuk Himpunan Merah, The Star sekali lagi cuba menjadi “numero uno” apabila pantas mempertikaikan jumlah kos pembersihan yang bakal dikenakan ke atas penganjur Himpunan Merah.
“Red shirt rally bill: DBKL says RM50,000, minister says RM38,000” – begitulah tajuk yang dikeluarkan oleh The Star melalui laman twitternya.
Untuk makluman The Star, operasi pembersihan ibukota adalah tanggungjawab DBKL dan Alam Flora. Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, kos RM38 ribu adalah jumlah kos yang melibatkan Alam Flora manakala kos yang terpaksa ditanggung oleh DBKL ialah RM12 ribu.
Oleh yang demikian, tidak salah untuk Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Amin Nordin Abdul Aziz menganggarkan bil pembersihan adalah RM50,000.
Penulis pasti, sebagai salah satu akhbar bahasa Inggeris yang berpengaruh, rasanya tidak menjadi masalah untuk The Star merujuk pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan kepastian sebelum menyiarkan laporan berkenaan. Lebih mudah, The Star boleh sahaja merujuk kepada gadis seperti yang tertera pada “screen shot” di atas.
Tetapi, The Star dilihat lebih suka mengundang salah faham rakyat yang akhirnya merugikan kerajaan Malaysia. Penulis agak sukar mempercayai, apabila dimaklumkan saham pemilikan The Star sangat berhubung kait dengan salah sebuah parti komponen dari Barisan Nasional; parti pemerintah di Malaysia.
“Little twinkle lil’ The Star, how i wonder WHAT you are”

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment