Thursday, September 03, 2015

Lagi Peniaga Melayu Pulau Pinang Jadi Mangsa Kezaliman DAP

Beginilah lumrah nasib peniaga-peniaga Melayu di Pulau Pinang yang memulakan perniagaan dengan modal yang kecil apabila mereka terpaksa berniaga di tepian jalan untuk melariskan perniagaan mereka.

Apa yang mengecewakan bagi peniaga-peniaga Melayu di Pulau Pinang ini adalah, mereka terhimpit ekoran penindasan yang dilakukan kerajaan negeri terhadap mereka. Dimana terdapat sahaja peniaga Melayu yang melakukan perniagaan ditepi jalan, premis perniagaan mereka disita dan dirampas oleh pihak berkuasa.

Hari ini, pihak kerajaan DAP Pulau Pinang sekali lagi melakukan penindasan dengan menyita dan merampas perniagaan milik orang Melayu di Kepala Batas melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Amat mengecewakan apabila kedai yang disita tersebut merupakan salah satu tempat makan yang popular di kawasan Seberang Perai yang banyak dikunjungi oleh rakyat tempatan mahupun dari luar.

Sebut sahaja Char Koey Teow Kamarul mahupun Char Koey Teow CIMB Kepala Batas pasti ramai yang sudah maklum dengan kelazatannya dan juga popular di kawasan tersebut.

Menjadi persoalan, mengapakah gerai yang sedikit sebanyak menaikkan nama Pulau Pinang ini disita oleh kerajaan negeri?? Sewajarnya, kerajaan negeri perlu membantu peniaga Char Koey Teow ini kerana peniaga ini telah melakukan inisiatif untuk mempopularkan kawasan didalam negeri disamping mencari rezeki halal.

Nak dikatakan kedai ini mengganggu lalu lintas, ianya agak tidak munasabah kerana kedudukannya berada didalam tapak kawasan perniagaan Kepala Batas dan tidak pula menghalang pintu masuk ke bank CIMB tersebut.

Adakah kerajaan negeri menyita atas alasan kedai ini mengganggu lalu lintas seperti yang berlaku kepada peniaga Melayu lain?? Sampai bilakah kezaliman DAP di Pulai Pinang akan terhenti?? Mengapakah tindakan penguatkuasaan ini harus dilakukan dengan berat sebelah??

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment