Wednesday, September 16, 2015
Mahathir Rayu Supaya Orang Melayu Hormatkan Dirinya
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataannya
mahu orang Melayu di negara ini menghargai perjuangan pemimpin-pemimpin
Melayu dahulu termasuk dirinya yang telah banyak membantu membangunkan
Malaysia.
Katanya, pemimpin dahulu telah banyak berjasa kepada negara dan oleh itu
beliau memohon rakyat di negara ini agar menghargai jasa-jasa mereka.
Mahathir berkata, jika kita menghargai perjuangan pemimpin Melayu
dahulu, kita sebagai kaum Melayu akan dihormati oleh kaum lain di dunia
ini.
"Jika kita hargai perjuangan mereka InsyAllah bangsa Melayu dapat
dikekalkan dan kita akan menjadi bangsa yang dihormati di dunia," kata
Mahathir.
Adakah Mahathir mahu rakyat di negara ini menghargai jasanya ketika
beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun walaupun beliau mempunyai
agenda tersendiri yang mahu menjatuhkan kerajaan pentadbiran Najib??
Jika benar Mahathir mahu membantu negara, beliau sebenarnya perlu
membantu perdana menteri dengan memberi pandangan mahupun nasihat yang
bernas, bukannya nasihat untuk perdana menteri melepaskan jawatan dan
diberikan tugasan yang tidak dapat dipikul kepada orang lain.
Menurut Mahathir, ketegangan politik dan kaum yang sedang berlaku di
negara ini terjadi ekoran rakyat di negara ini lupa akan sejarah dahulu
yang dilalui oleh pemimpin Melayu yang berjaya membawa Malaysia ke mata
dunia.
Jelasnya, disebabkan lupa akan sejarah, pemimpin pada zaman kini terus
melakukan kesalahan sehingga menyebabkan ekonomi merudum setelah penat
lelah pemimpin terdahulu tidak dipandang.
"Kalau kita lupa akan sejarah kita, kita akan mengulangi segala
kesalahan-kesalahan yang lalu berkali-kali. Jika kita ulangi kesalahan
yang lalu maka kita akan dapat banyak masalah dan mungkin banyak
peristiwa buruk akan berlaku," katanya.
Benarkah ketika era pentadbiran Mahathir Malaysia terus mengukuhkan
ekonomi?? Bukankah ketika eranya Malaysia berada dalam keadaan krisis
sehingga menyebabkan ribuan rakyat terpaksa menganggur akibat kehilangan
pekerjaan ekoran ekonomi merudum.
Beliau bagaimanapun cuba memerli pentadbiran Najib dengan mengatakan,
dirinya rasa bersyukur kerana Malaysia masih kekal aman walaupun keadaan
politik kini sedikit goyah.
"Saya bersyukur walaupun kita hadapi sedikit masalah, namun kita masih
belum berperang dan berpecah sepertimana yang berlaku di Timur Tengah,"
sindirnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment