Thursday, September 17, 2015

Matlamat Menghalalkan Cara, DAP Penindas Melayu..... Jual Bangsa Demi Politik

Matlamat pembangkang adalah untuk meraih 100% sokongan bukan Melayu di samping meniupkan prasangka terhadap kerajaan Melayu.  DAP begitu yakin orang-orang Melayu yang menolak UMNO akan terus bersama PR biarpun parti itu menggadaikan maruah Melayu dan Islam

Perkara ini dapat dilihat secara jelasnya bagaimana  PKR tanpa rasa segan silu  berkempen didalam gereja untuk meraih undi dan menjual maruah Islam dihadapan bukan Islam. Apa sahaja yang tidak dilakukan oleh PKR demi kesinambungan politik mereka.

Sejak itu kita telah melihat bagaimana beraninya kumpulan kafir DAP memainkan ayat Al Quran serta masuk kedalam masjid dengan berhadas besar dan seterusnya memberikan tazkirah terhadap orang Melayu Islam.

Politik Malaysia hari ini menyaksikan perpecahan yang kronik di kalangan majoriti Melayu.  Keadaan ini menjadikan kaum bukan Melayu sebagai penentu undi dalam pilihanraya.   Oleh yang demikian, pemimpin politik dilihat berlumba-lumba untuk mengambil hati bukan Melayu melalui berbagai cara.

Akibatnya, politik Malaysia kini sudah sampai di tahap paling hina apabila parti-parti politik sanggup berbuat apa saja untuk menang.  Sensitiviti kaum dan agama dimainkan tanpa sedikit pun rasa tanggungjawab.  Soal isu sensitif mampu membawa kepada huru-hara dan pertumpahan darah sudah tidak dipedulikan lagi.

Parti pembangkang pastinya lebih bebas untuk memainkan isu sensitif kerana mereka tidak perlu bertanggungjawab ke atas kelamatan negara dan juga rakyat.  Malah mereka lebih suka sekiranya berlaku ketegangan kerana ia akan memudahkan mereka menyalahkan kerajaan.

Bersandarkan strategi ini, parti DAP terutamanya, dilihat begitu giat mengerahkan jentera sibernya dan juga rangkaian penyamarannya dalam bentuk NGO dan juga wakil agama untuk melakukan provokasi terhadap orang-orang Melayu-Islam.

Pemimpin mereka juga dilihat sengaja ‘menjolok’ orang-orang Melayu dengan dengan berbagai isu, termasuk Kalimah Allah, isu Injil berbahasa Melayu dan juga penghinaan rambang terhadap agama Islam dan juga Raja-raja.

Setiap kali orang Melayu bangkit membela agama dan Raja-raja yang dihina, mereka akan dituduh oleh DAP sebagai orang-orang UMNO yang rasis. Tetapi berlainan pula bila DAP acap kali memainkan isu bahasa Cina , SJK mereka dikatakan  mempertahankan hak hak mereka.

Apakah hak hak tersebut hanya ada kepada bangsa pendatang ini sahaja dan bukan kepada bangsa yang empunya negara ini. Ini lag persepsi yang dimainkan oleh DAP dengan mengwar warkan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang mengamalkan rasis jika mempertahankan hak

Mereka DAP mahu bangsa Melayu dilihat dalam keadaan yang serba salah bagi melakukan apa sahaja yang berkaitan dengan kepentingan bangsa. Melayu pastinya akan diserang bertali arus  oleh kumpulan kumpulan media DAP yang dibayar secara lumayan.

Dengan berceramah di dihadapan bukan Islam dan memburukkan Islam itu sendiri sebagaimana dilakukan oleh Anwar dalam sebuah gereja di Kajang, kini pihak Kristian, orang-orang bukan Islam, kumpulan ekstremis Cina dan golongan liberal semakin berani mempersendakan Islam dan penghinaan demi penghinaan dilakukan tanpa rasa bersalah.

Gereja Holy Family, Kajang menjadi saksi bagaimana PKR  berkempen meraih undi bukan Islam dalam menghadapi PRK Kajang.  Tujuan nya adalah tidak lain tidak bukan untuk ‘menyenangkan hati’ masyarakat Kristian yang kini giat menuntut penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam Injil berbahasa Melayu.  Dalam ceramah tersebut, PKR melalui Anwar telah  menonjolkan sifat terbuka mengenai isu itu dan juga terbuka terhadap semua agama.

Tetapi berlaku sebaliknya bila di hadapan orang-orang Melayu, PKR meyakinkan orang-orang Melayu yang kalimah Allah hanya milik Islam dan beliau sebagai pemimpin PR tidak akan membiarkan penganut lain menggunakannya sewenang-wenangnya

Ini lah sifat lidah bercabang PKR yang  menggunakan agama sebagai senjata untuk memutar belitkan kenyataan mereka dalam istilah bermuka muka dengan pengundi yang berlainan. PKR sebagaimana  dikatakan tidak akan memikirkan apa kesan yang berlaku asalkan matlamat mereka tercapai.

Berdasarkan hakikat ini, fikirkanlah apakah untungnya kepada umat Islam jika bangsa dan agama Islam diperkotak katikkan oleh seorang yang berbangsa Melayu, Sudah pastinya ianya merupakan “lampu Hijau” bagai mereka untuk membakar lagi  kritikan yang sensitif sehingga menaikkan kemarahan oarang Melayu.

Justeru itu , amat malang bagi bangsa Melayu yang mana tidak dapat melihat agenda yang sudah cukup jelas dipaparkan oleh PKR dalam membohongi pengundi dengan kenyataan kenyataan yang berputar belit dan menggunakan  Islam sebagai peluru untuk mendapat sokongan

Oleh yang demikian, Melayu harus sedar bahawa PKR adalah sebuah parti yang bukan membela rakyat , malahan mereka PKR adalah sebuah parti yang hanya  inginkan jawatan dan kuasa tanpa tahu melaksanakan tanggungjawab.

Semua ini telah dibuktikan di dua buah negeri yang diperintah oleh mereka iaitu Selangor dan Pulau Pinang. Allah memberikan kita akal dan fikiran, maka gunakan sebaiknya demi meyelamatkan maruah Islam dan juga bangsa Melayu. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment