Thursday, September 17, 2015
Nurul Izzah Anggap Geng Baju Merah Jual Maruah Melayu
Perhimpunan Himpunan Maruah Melayu yang dianjurkan Persekutuan Silat
Kebangsaan Malaysia (Pesaka) semalam yang disertai rata-rata orang
Melayu dari pelbagai negeri dengan bas yang dikatakan ditaja Umno wajar
dikecam, kata anak perempuan Anwar Ibrahim iaitu Nurul Izzah.
Menurut beliau, adalah amat mengejutkan apabila himpunan itu turut
disertai pimpinan Umno termasuklah Timbalan Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Luar Datuk
Seri Reezal Merican, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Bung Moktar
Radin, Datuk Abdul Rauf Yusof, Tan Sri Ali Rustam, Datuk Rizalman
Mokhtar, Datuk Jamal Yunos, Datuk Ismail Kijo dan Datuk Seri Noh Omar.
Malah pimpinan itu katanya turut berada di pentas himpunan sambil
membuat laungan kasar berbentuk maki hamun yang jelas kedengaran di
perhimpunan dengan pelbagai panggilan yang penuh dengan sentimen
perkauman.
"Pastinya ini bukan perhimpunan pertahankan maruah Melayu. Ini Himpunan
menjual maruah Melayu! Apakah yang mereka perjuangkan?" kata Nurul
Pemimpin PKR itu juga mengatakan rakyat Malaysia wajar menjiwai dengan sepenuhnya maksud Hari Malaysia.
"Hari Malaysia sepatutnya disambut dan dizahirkan dengan merapatkan
hubungan silaturahim antara kaum serta menghapus semua sentimen
perkauman yang wujud di negara ini"
"Watak orang Melayu itu menolak permusuhan, mengangkat persahabatan
serta saling tolong menolong antara satu sama lain. Orang Melayu juga
satu bangsa yang saling jujur memaafkan dan mengutamakan silaturahim
yang rapat antara ahli keluarga dan sahabat handai" kata beliau lagi.
Nurul juga membidas sikap pemimpin Umno yang sering menimbulkan isu perkauman didalam negara.
"Sebagai bangsa majoriti di negara ini, orang Melayu sepatutnya menjadi
abang besar dalam memastikan silaturahim antara kaum sentiasa kukuh dan
erat, bukannya menimbulkan kacau bilau".
"Menurut saya, untuk mempertahankan maruah orang Melayu, kita wajib
bangun dan perangi perkauman yang sempit, perangi rasuah, selongkar
skandal 1MDB, dan pulihkan integriti negara"..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment