Thursday, September 17, 2015
Nurul Nuha Dakwa Zahid Hamidi Seksa Bapanya
“Datuk Seri Zahid Hamidi, hentilah seksa papa kami. Papa sakit,” itulah
luahan hati Nurul Nuha Anwar – puteri Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar
Ibrahim yang kini dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh.
Nuha
berkata, ahli keluarganya kini berasa bimbang tentang tahap kesihatan
bapanya yang dihalang untuk mendapatkan rawatan ekoran kesakitan di
kedua-dua belah bahu.
NuhaMengenali papanya, kata Nuha, beliau
mengakui bahawa bapanya tidak gemar menyusahkan orang lain, termasuk
ahli keluarganya sendiri.
“Papa tidak pernah tunjukkan dia
benar-benar sakit di depan keluarga. Kadang-kadang kalau sakit-sakit
biasa pun, sudah cukup papa akan ambil ubat dan berehat di rumah.
“Itu yang biasa papa lakukan. Tidak suka menyusahkan ahli keluarganya.
“Tapi
sekarang ini papa dikurung di Sungai Buloh. Kalau papa cuba sembunyikan
dari kami pun, kami tahu papa sedang menahan kesakitannya,” katanya
dalam nada sayu ketika ditemui Keadilan Daily di kediamannya di Taman
Tun Dr Ismail, Damansara, Ahad lalu.
Lebih membimbangkan katanya,
dengan akses perubatan yang minima di penjara, beliau percaya papanya
sedang bertarung nyawa dengan kesakitan yang dialami.
Cerita
Nurul Nuha lagi, kerajaan turut mengingkari janji untuk memberikan
rawatan termasuk fisioterapi dan pembedahan di bahu papanya yang semakin
membimbangkan.
Ketika papanya menerima rawatan pertama di Wad Di
Raja Hospital Besar Kuala Lumpur, pihak hospital tidak mendedahkan
butiran lanjut berhubung laporan kesihatan papanya.
Perkara itu sekaligus menimbulkan kebimbangan besar di kalangan ahli keluarganya, kata anak kedua kepada Anwar itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment