Sunday, September 20, 2015
Penjelasan Gambar Saya Baju Kuning & Baju Merah - Jamal Yunos
Saya mengesahkan kedua-dua gambar berbaju Kuning dan Merah itu adalah saya sendiri.
Berbaju Kuning "Bersih 4.0" yang diadakan di perkarangan rumah Ambiga selepas Perhimpunan Haram Bersih 3 dengan tujuan untuk menghentikan perhimpunan-perhimpunan haram yang menyusahkan peniaga-peniaga untuk mencari rezeki. Hasilnya, tiada lagi perhimpunan haram berlaku selama lebih kurang 4 tahun.
Namun, pada tahun 2015 sekali lagi pakatan pembangkang mengatur langkah dengan mengadakan Perhimpunan Haram Bersih 4. Setelah desakan demi desakan untuk menghentikan Bersih 4 tidak diendahkan, maka wujudla gerakan Baju Merah.
Terima kasih kepada penganjuran himpunan haram Bersih 4 kerana ia menjadi sebab musabab untuk orang Melayu bersatu serta menzahirkan solidariti melalui Himpunan Rakyat Bersatu mengikut acuan perundangan. Kehadiran seramai 300,000 orang dikalangan anak bangsa Melayu adalah satu kejayaan yang besar mengatasi jumlah kehadiran Bersih 4 yang hanya menghimpunkan sekitar 30,000 orang yang 85% majoritinya adalah kalangan bangsa Cina.
Warna Merah adalah lambang Keberanian dan Penyatuan anak bangsa Melayu demi mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanahair. Warna Kuning adalah lambang kedaulatan dan taat setia kepada Raja dan Negara. Ia tidak layak dipakai dalam himpunan haram Bersih 4 kerana mereka telah menghina institusi Raja berpelembagaan dengan menghina kepimpinan bangsa Melayu serta cuba untuk menghasut rakyat dengan ideologi jahat mereka di tanahair Malaysia.
DATO' JAMAL MD YUNOS
Pengerusi Gabungan NGO-NGO Melayu
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment