Saturday, September 19, 2015

PKR Masih Sayang PAS .....? Memang Dasar Muka Tak Tahu Maluu..!!!

Mengapa PKR masih lagi 'cintakan' PAS sedangkan mereka sudah bercerai?

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali teguh mempertahankan pendirian parti yang berhasrat meneruskan kelangsungan kerjasama politik dengan Pas dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR) 2.0.

Menurutnya, kerjasama akan diteruskan dengan semua parti politik yang komited dengan agenda bersama iaitu membawa perubahan dalam negara sejajar hasrat yang disuarakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menteri Besar Selangor itu turut mengingatkan bahawa musuh PR hanyalah Umno dan BN.

Mak cik kipas dan Azmin sudah sedar dan melihat dengan mata kepala otaknya sewaktu BERSHIT 4.0 baru2 ini. Hanya 10 - 20% sahaja Melayu yang menjadi lembu2 suruhan DAP. Dia sedar bahawa tak ramai mana Melayu yang sokong PKR. 10 - 20% tu pun kerana dicampur dengan yang baru 'kincit' dari PAS.

Mak cik kipas dan Azmin baru nampak penyokong PKR tak ramai. BERSHIT 1.0 - 3.0 yang ramai Melayu turun dulu rupanya majoriti penyokong PAS. Selama ini mereka ingat penyokong mereka ramai.

Mereka sudah membayangkan pada PRU14 nanti banyak kerusi akan hilang jika PAS tidak bersama mereka. Kerusi2 yang mereka menangi di kawasan majoriti Melayu selama ini adalah undi dari penyokong PAS.

Mereka sangat takut bila PAS akan bertanding di kawasan yang ditandingi DAP. Mereka juga takut PAS akan bertanding di kawasan yang dimenangi PKR dalam PRU13 dulu.

Dan mereka lebih takut dan menggigil jika PAS akan bersama UMNO menubuhkan kerajaan perpaduan. Sudah tentu si tua Haji Anwar akan terus kempunan sehingga akhir hayatnya untuk menjadi Perdana Menteri. Begitu juga si tua Gua Musang juga akan kempunan selama-lamanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN 

No comments:

Post a Comment