Saturday, September 19, 2015
Tujuh Universiti Di Dominasi Pro-Aspirasi
Keputusan pilihan raya universiti pada tahun ini menunjukkan peralihan dan peningkatan sokongan apabila tiga universiti yang didominasi Pro-Mahasiswa tahun lalu berjaya dirampas Pro-Aspirasi.
Tiga universiti tersebut ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kemenangan 26 daripada 31 kerusi, Universiti Malaya (UM) (34-6) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (12-11).
Selain itu, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) melakar sejarah apabila mendominasi sepenuhnya pemilihan kerusi masing-masing 28 kerusi dan 48 kerusi.
Dalam pada itu, dua lagi universiti yang kekal bersama Pro-Aspirasi ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) (23-6) dan Universiti Sains Malaysia (USM) (28-18).
Pilihan raya universiti yang berlangsung hujung September hingga awal Oktober ini dijalankan setiap tahun melibatkan semua pelajar.
Wakil pelajar yang dipilih sebagai pemimpin akan menjalani tempoh perkhidmatan selama setahun.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd. Shahar Abdullah berkata, keputusan cemerlang yang memihak kepada Pro-Aspirasi itu merupakan manifestasi jelas bahawa mahasiswa tidak terkesan dengan isu yang berlaku dalam politik nasional.
“Ini merupakan isyarat jelas dan tanda sokongan mahasiswa kepada kerajaan sedia ada yang sentiasa menjaga kebajikan mahasiswa melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) .
“Apabila kerajaan mengembalikan pengajian tinggi kepada pengajian berasingan ini merupakan tanda penghargaan dan tindakan bijak kerana menjadikan sektor pengajian tinggi sebagai sebuah kementerian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Secara keseluruhannya, setakat ini Pro-Aspirasi memenangi 199 kerusi manakala Pro-Mahasiswa (46 kerusi).
199-46 (81.2%)
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment