Thursday, August 27, 2015
‘Bersih’ Berjaya Hapus Semangat Merdeka
EDITOR MENULIS...
27 OGOS 2015
Tindakan pertubuhan haram seperti Bersih
memilih hari seperti cuti Merdeka untuk melancarkan gerakan terancang
mereka bagi menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik, secara tidak
langsung telah menghakis nilai sayangkan negara dikalangan generasi
muda, malah segelintir yang tua-tua ini pun.
Paling sedih tu, jenis yang nenek moyang
dulu dapat kerakyatan melalui Jus Soli (bukan sebab penduduk asal
negara ini) pun tak berminat nak kenal sejarah sendiri, lebih sibuk cari
jalan bagaimana nak tumbangkan kerajaan di jalanan saja. Padahal,
inilah masa yang sesuai, bila lagi?
Cakap pendatang kang pandai pulak kecik hati.
Apa pun, rujuklah mana gerakan
seumpamanya di dunia, Hongkong, Mesir, Thailand dan lain-lain, mana ada
menunggu cuti umum baru nak berhimpun, berdemonstrasi memprotes
kerajaan. Hanya di Malaysia saja nak demo lepas rasa tidak puas hati
terhadap kerajaan kena tunggu hari cuti umum, cuti hujung minggu dan
sebagainya dulu.
Di Malaysia saja jadi macam itu sebab
bukanlah perhimpunan haram macam itu asli pun tapi direka dan dirancang
supaya nampak macam real sangat lah rakyat Malaysia ini tertekan dan
hidup tertindas kononnya.
Logiknya, mana ada orang tertindas tunggu hari cuti baru nak tunjuk perasaan?
Tapi itu lantak dialah, yang penting
sekarang, keputusan mengadakan demo haram pada tiap kali cuti umum yang
bertembung dengan cuti hujung minggu ini, telah merosakkan peluang
rakyat nak kenal negara sendiri setahun sekali.
Itu yang kadang-kadang saya angin
dengan para penggerak Bersih ni sebab mereka tahu apa yang dibuat tu tak
betul dan tak kena dengan masa tapi tetap dibuat juga. Kerosakan
mental segelintir rakyat Malaysia ini diambil peluang untuk melaksanakan
kerja kerja jahat mereka, tak fikir perasaan majoriti yang lebih besar
langsung.
Maka itu, pihak polis perlu bertegas
dengan puak-puak ini. Jangan bagi muka sebab kita dah muak dengan demo
yang direka-reka ni. Orang gila patut dimasuk dalam hospital gila atau
penjara bukan dibenar tunjuk kegilaannya di atas jalan raya.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment