Thursday, August 27, 2015
Ringgit Masih Laku Di Tanah Suci
Ketika cerita ringgit tidak laku di Tanah Suci
sedang melata di media sosial di tanah air, realitinya jemaah haji
Malaysia tidak menghadapi sebarang masalah berbelanja atau menukar wang
Ringgit Malaysia (RM) kepada Riyal di sini dan di Madinah.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati jemaah Malaysia masih boleh
menggunakan ringgit seperti biasa sama ada untuk membeli barangan
mahupun menukar kepada mata wang Riyal.
Ramli Awang, 50, yang menetap di maktab Abraj Al Janadriah berkata,
dia masih boleh membeli barangan menggunakan RM di kedai-kedai
berhampiran maktab dan Masjidil Haram.
“Mata wang ringgit masih laku seperti biasa di sini sama seperti di
Madinah juga dan saya tidak ada masalah guna mata wang kita,” katanya
ketika ditemui di sini, hari ini.
Mohd. Yusuf Baba, 60, berkata, hampir semua peniaga di sekitar kawasan ini menerima mata wang Malaysia.
“Yang bezanya hanya kadar nilai tukaran semasa sahaja. Saya tak dengar apa-apa tentang duit kita tak laku di sini,” katanya.
Noraini Ahmad, 57, pula berkata, dia sempat menukar wang ringgit kepada Riyal di Madinah semalam sebelum bertolak ke Mekah.
Seorang peniaga kedai pakaian Md. Azizi Haque berkata, dia menerima wang ringgit tetapi mengikut kadar tukaran semasa.
“Jemaah dari Malaysia selalu membeli guna wang ringgit, saya tidak ada masalah, boleh terima,” ujarnya.
Dalam pada itu kaunter kewangan turut dibuka di semua maktab
penginapan sebagai satu kemudahan kepada para jemaah untuk membuat
pengeluaran wang.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment