Wednesday, August 26, 2015

Mahathir Semakin Tak Sedar Diri.. Kini Ugut Zahid Hamidi Pula

Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad telah mencabar TPM Zahid Hamidi supaya membuktikan kebenaran kenyataannya bahawa beliau telah menemui individu dari Arab yang memberikan wang 700 juta USD kepada dana politik kerajaan.

"Buktikan bahawa pak Arab ini mempunyai sejumlah besar wang untuk diberikan kepada Malaysia dan negara-negara lain. Negara mana? Apakah sumber wang ini dan apa jenis perniagaan yang dia buat?".. soal Mahathir.

Mahathir juga turut mempersoalkan latar belakang kewangan pak Arab tersebut dengan menanyakan nama bank dan nombor akaun yg dia gunakan. Menurut Mahathir lagi, bank penerima tentunya ada menyimpan cek-cek terutamanya USD700 juta tersebut.

Mahathir juga enggan mempercayai RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah duit derma, sebaliknya mendakwa ia ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Walaupun derma itu disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bekas perdana menteri itu berkata penjelasan itu tidak dapat diterima memandangkan jumlahnya yang terlalu besar.

"Saya tak percaya ia derma. Saya tak percaya ada orang yang sanggup beri sama ada Arab atau sesiapa sahaja," katanya dalam temu bual bersama akhbar perniagaan antarabangsa Financial Times.

Beliau yakin Najib lambat-laun akan dipaksa untuk melepaskan jawatannya walaupun enggan berbuat demikian. "Saya rasa pada satu tahap beliau perlu berundur kerana hari ini beliau menjejaskan sistem undang-undang," katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment