Thursday, August 27, 2015
Mahathir Terbukti Perbodohkan Rakyat Malaysia
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat semakin hari
semakin memperbodohkan rakyat di negara ini agar membenci Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan mengkritik dan melemparkan
tuduhan yang tidak berasas.
Walaupun sudah dijawab oleh Perdana Menteri mengenai persoalan yang
ditimbulkan oleh bekas perdana menteri itu, Mahathir sehingga hari ini
masih tidak berpuas hati dan menyoal kembali jawapan yang telah
diberikan mengenai persoalannya.
Hari ini, Mahathir masih menyoal mengenai wang derma berjumlah RM2.6
bilion dengan mengatakan jawapan yang diberikan perdana menteri itu
tidak masuk akal kerana tidak ada orang asing akan membiayai sebuah
parti di negara lain.
Malah, beliau turut memperbodohkan rakyat di negara ini dengan menuduh
Najib menggunakan wang tersebut untuk membeli undi pada pilihan raya
umum lalu.
"Penjelasan bahawa ia diberi kerana pendirian Malaysia terhadap kumpulan
Mulitan Negara Islam Syria dan Iraq (IS) dan disebabkan kesederhaan
Malaysia dalam Islam adalah tidak masuk akal.
"Kecuali jika ia adalah untuk merasuah pengundi Malaysia. Mengapa
seseorang mahu merasuah pengundi Malaysia supaya Najib dapat menang?
"Rakyat Malaysia telah menyokong BN tanpa perlu dibayar rasuah besar
oleh sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi orang asing," kata Mahathir yang
cuba meracuni fikiran rakyat.
Jelas Mahathir cuba memperbodohkan rakyat di negara ini dengan
mengatakan tiada orang asing akan membiayai sebuah parti, walhal
dizamannya juga pernah menerima dana daripada luar.
Malah DAP dan PKR juga menerima sumber luar untuk parti tersebut yang
memenangkan mereka di beberapa negeri pada pilihan raya umum lalu.
Jadi, mengapa Mahathir perlu mempersoalkan lagi jika diri sendiri sudah mengetahu apakah motif penyaluran dana tersebut?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment