Thursday, August 27, 2015

Betulkah Muhyiddin Sahaja Penyumbang Kemenangan UMNO dan Barisan Nasional?

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan kepada pihak yang mendesaknya untuk meletak jawatan dalam parti dengan mengatakan dirinya telah banyak berjasa terhadap parti.

Muhyiddin berkata, dirinya seorang setia kepada parti dan bukan calang-calang orang kerana telah berjuang dalam Umno lebih 40 tahun dan banyak pengalaman pahit getir beliau bersama parti.

Tambahnya, dirinya juga telah menjadi penyumbang terbesar kepada Umno dan Barisan Nasional memenangi kerusi dalam setiap pilihan raya umum diadakan.

"Kepada mereka ini ingin saya ingatkan, sejarah sumbangan saya kepada Umno cukup panjang.Saya telah berjuang di dalam Umno lebih 40 tahun.

"Malah, ketika Umno diharamkan dahulu, saya mengambil tanggungjawab untuk membina semula Umno di Johor sehingga Umno kembali kuat dan negeri Johor menjadi penyumbang terbesar kemenangan Umno dan Barisan Nasional dalam setiap pilihan raya umum.

"Saya juga tetap setia bersama parti ketika Umno menghadapi pelbagai krisis. Jadi, janganlah terlalu menuduh saya sebagai pengkhianat dan mendesak saya meletak jawatan," kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Agak melucukan apabila Muhyiddin mengatakan dirinya telah menjadi penyumbang terbesar kepada kemenangan Umno/BN setiap kali pilihan raya umum diadakan. Adakah pemimpin Umno yang lain tidak menjadi penyumbang kepada kemenangan BN pada pilihan raya???

Jika beliau telah menjadi penyumbang kepada parti, adakah parti perlu mengangkat beliau menjadi presiden dan juga perdana menteri walaupun cubaanya menjadi hero negara gagal??

Selain itu, jika beliau menjadi penyumbang dan setia kepada parti, sudah pasti dirinya akan mempertahankan presiden yang diserang pihak yang bertanggungjawab bukan??

Muhyiddin yang melahirkan rasa kecewa dengan desakan itu mengatakan, sudah menjadi lumrah apabila seseorang tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan menjadi mangsa kecaman.

Katanya, apa yang lebih mengecewakan beliau adalah orang yang mendesak melepaskan jawatan dalam parti itu merupakan orang yang pernah dibantunya ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri.

"Lumrah apabila seseorang itu tidak lagi berjawatan tinggi di dalam kerajaan, maka akan ada segelintir manusia yang tidak lagi menghormati, malah mengancam kita.

"Mereka ini ada antaranya yang pernah saya bantu ketika saya berada di dalam kerajaan. Mereka menuduh saya pengkhianat, menuntu supaya saya dihadapkan ke Lembaga Disiplin dan mendesak saya supaya meletak jawatan," katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment