Thursday, August 27, 2015

Zahid Hamidi Sindir Muhyiddin dan Shafie Apdhal??

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi amaran kepada pemimpin Umno agar tidak merosakkan parti hanya kerana mengejar jawatan yang diidamkan.

Zahid berkata, jawatan dalam parti tidak kekal dan hanya bersifat sementara, namun pemimpin yang dipilih seharusnya menggalas tanggungjawab serta kepercayaan yang diberikan untuk menyandang jawatan tertentu.

Tambahnya, walaupun telah lama memberi khidmat kepada parti tetapi jangan biarkan sehari hujan menyelubungi setahun hari-hari yang baik.

"Saya yakin keberadaan dalam posisi sama ada cawangan atau bahagian, negeri apatah lagi nasional adalah merupakan jawatan berbentuk sementara.

"Kita semua ahli Umno harus beristiqamah kepada suatu harakah atau gerakan yang merupakan kesimbangan dalam perjuangan. Walaupun pemimpin datang dan pergi, ketaatan, kesetiaan sesiapa pun yang memimpin Umno tetap utuh sebagai parti orang Melayu," kata Zahid yang merujuk kepada Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Zahid berkata, tidak salah untuk anggota Umno mempunyai perbezaan pendapat, namun ia perlu diraikan dengan penuh kebijaksanaan dan ketertiban bukannya secara semborono.

Justeru itu Zahid menjelaskan sudah menjadi lumrah untuk seorang pemimpin diuji bagi melihat sejauh mana tahap daya saing, daya tahan serta daya juang pemimpin tersebut.

Katanya, bukan pemimpin dari Umno sahaja mempunyai masalah, malah pemimpin dari pemimpin pembangkang juga mempunyai masalah apabila pakatan rakyat yang dijalinkan pada 2008 akhirnya terkubur.

"Pemimpin diuji dan kini presiden Umno sedang diuji. Ujian pernah dilalui pemimpin lain dalam bentuk berbeza," jelasnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment