Friday, September 18, 2015
Ahmad Zahid Tiba Di Jakarta Untuk Lawatan Kerja Empat Hari
JAKARTA : Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja empat hari.
Ketibaan Ahmad Zahid dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis serta
rombongan di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma pukul 9
pagi (10 pagi waktu Malaysia) disambut Duta Besar Malaysia di Indonesia
Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.
Program pertama Ahmad Zahid hari ini adalah mengadakan pertemuan
dengan Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Politik, Perundangan dan
Keselamatan Luhut Binsar Pandjaitan.
Beliau kemudian mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Indonesia Jusof Kalla di Istana Wakil Presiden.
Pada pertemuan itu, kedua-dua pemimpin itu dijangka membincangkan
isu-isu yang membabitkan hubungan dua hala dan kepentingan bersama.
Esok, Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Muhammad Hanif Dhakiri.
Pada Ahad, Ahmad Zahid akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Tjahjo Kumolo.
Lawatan Ahmad Zahid ke Indonesia ini merupakan lawatan pertama beliau
ke luar negeri sejak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 28
Julai lepas.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment