Friday, September 18, 2015

Logo Parti Amanah Negara Di Dakwa Hampir Menyerupai Logo Syarikat Televisyen Imayam

KUALA LUMPUR : Sehari selepas dilancarkan, Parti Amanah Negara (Amanah) mencetuskan kontro­versi baharu apabila logonya didakwa menyerupai logo dua syarikat di luar negara.

Perkara itu dibangkitkan oleh orang ramai melalui komen mereka di laman Facebook rasmi parti serpihan Pas tersebut hari ini.

Logo yang bersimbolkan huruf ‘A’ tersebut dikatakan mirip logo stesen televisyen Imayam di Tamil Nadu, India dan syarikat Al-Sarwar Electronics Department di Dhaka, Bangladesh.

Logo Amanah berwarna jingga manakala logo Imayam dan Al-Sarwar menggabungkan merah, biru gelap serta biru muda.

Setiausaha Agung Amanah, Mohd. Anuar Tahir berkata, persamaan logo mungkin kebetulan.

“Penentuan logo parti telah melalui proses sepatutnya. Satu jawatankuasa logo yang dibentuk telah mengemukakan beberapa cadangan.

“Akhirnya, logo ‘A’ seperti dilancarkan semalam telah dipilih dan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS),” katanya dalam satu kenyataan melalui laman Facebook rasmi Amanah hari ini.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment