Friday, September 18, 2015
Azmin Ali Kata Hari Yang Menjengkelkan, Memalukan Negara... Habis BERSIH Apa Kejadahnya Pulak?
Bangangnya Azmin Ali...cermin dulu apa yang sudah lepas.Perhimpunan
BERSIH siap ada dirikan Khemah lagi didataran Merdeka.Buta ker?Jangan
buat tuduhan BODOH...
PETALING JAYA : Menteri Besar Selangor Azmin Ali melahirkan rasa
kecewanya terhadap himpunan baju merah yang diadakan pada hari yang
sepatutnya disambut oleh rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat.
Katanya, adalah sesuatu yang memalukan dan menjengkelkan negara apabila
ribuan peserta baju merah berkumpul untuk 'menghasut kebencian terhadap
kaum-kaum lain, khususnya Cina'.
“Ini adalah hari yang seharusnya rakyat bersama bergandingan seperti
disambut di Taman Tasik Shah Alam bagi menunjukkan perpaduan, keamanan,
saling menghormati dan berkasih sayang.
“Tiada perkataan dapat menggambarkan betapa meluat dan malunya saya
melihat orang Melayu dengan baju merah, lelaki dan perempuan melaung
slogan serta ekspresi perkauman,” katanya dalam satu kenyataan media,
Khamis.
Azmin kemudian mempersoalkan rasional Umno menyokong demonstrasi seperti
itu, yang menurutnya bertujuan untuk menyemai rasa takut terhadap kaum
lain.
“Adakah ini idea terbaik Umno mengembalikan maruah Melayu dengan
menggerakkan ribuan peneroka Felda dan ahli parti serta membiarkan
mereka seperti perusuh untuk menghina orang lain?
“Adakah ini idea terbaik Umno menunjukkan sokongan kepada Perdana
Menteri dengan mengeluarkan kenyataan anti Cina, sentimen anti DAP dan
provokasi di Low Yat dan Jalan Petaling?
“Dengan mengatakan sentimen perkauman itu selaras dengan ajaran Islam,
Umno sebenarnya mencalar maruah Islam dan Melayu,” katanya.
Pada Rabu, beribu-ribu peserta baju merah membanjiri Kuala Lumpur untuk
menunjukkan perpaduan Melayu dan menghantar mesej bantahan terhadap
perhimpunan Bersih 4 yang diadakan pada 29-30 Ogos.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment