Friday, September 18, 2015
Kan Dah Kata.... Kecoh Depan Jalan Petaling Kerana Provokasi Otai Reformasi...
Pengerusi Gabungan NGO,Datuk Jamal Md Yunus dakwa kemarahan kumpulan
peserta Himpunan Rakyat Bersatu di depan Jalan Petaling semalam berpunca
dari provokasi puak Otai Reformasi.
Katanya kumpulan itu yang bertegang dengan polis hendak memasuki jalan
itu hingga cetus kekecohan bukan dari gabungan NGO yang diketuainya.
Semalam sekitar 1,000 orang berkumpul di depan jalan itu semasa himpunan
besar sedang berlangsung di Padang Merbok hingga trak water cannon
polis terpaksa tembak air pada jam 4.53 petang untuk suraikan mereka.
Jamal datang ke situ jam 6.50 setelah himpunan di Padang Merbok selesai
untuk berunding dengan kumpulan itu dan minta mereka bersurai.
Bercakap dalam sidang di Kuala Lumpur Khamis,beliau yang juga Ketua UMNO
Bahagian Sungai Besar,Selangor kata sekalipun mereka bukan dari
gabungannya beliau sedia membantu.
Katanya polis telah panggil beliau datang untuk bantu suraikan kumpulan berkenaan.
Jamal dakwa kumpulan Otai Reformasi edar risalah berbentuk provokasi
sekitar kawasan Jalan Petaling hingga cetus kemarahan di kalangan
peserta himpunan.
Beliau tunjuk kepada wartawan satu risalah bertulis : Kami cabar
kumpulan baju merah…kalau kamu anak jantan…ada telor..mari turun ke
Petaling Street berhadapan dengan kami” – Otai Reformasi
Katanya kumpulan berkenaan bukan musuh peniaga Cina di situ tetapi cuma nak cari kumpulan Otai Reformasi.
Kumpulan Otai Reformasi yang dinaungi oleh beberapa pemimpin pembangkang
sebelum ini kata mereka hendak jadi benteng mempertahankan para peniaga
di kawasan berkenaan dari gangguan peserta himpunan.
Beliau berharap pihak polis akan siasat secara adil kejadian itu.
Serentak dengan itu Jamal juga mendesak Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri,Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna mengambil tindakan keatas
penjualan barangan tiruan di Jalan Petaling.
Katanya sebagai kawasan pelancongan mereka wajar jual barangan tempatan termasuk kraftangan bukan tiruan.
Beliau beri amaran jika tiada tindakan diambil mereka akan buat demo aman di situ pada satu tarikh ditetapkan nanti.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment