Friday, September 18, 2015

Tiga Mati Akibat Tsunami Selepas Gempa Bumi 8.3 Skala Richter

Sekurang-kurangnya tiga mati akibat ombak tsunami selepas gempa bumi kuat 8.3 skala richter melanda Chile awal pagi ini.

Amaran tsunami dikeluarkan dan menurut laporan AFP, ia boleh sampai ke Jepun dalam masa beberapa jam lagi.

Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata pusat gempa itu, yang berlaku pada 7.18 pagi, adalah di 156km barat laut Vina Del Mar, Chile dan 16,596 km tenggara Lubok Antu, Sarawak.

Jabatan itu sebelum ini telah melaporkan bahawa gempa berukuran 7.9 juga telah melanda kawasan itu pada 6.55 pagi hari ini.

Kejadian itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu lagi. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment