Monday, September 07, 2015
Bagaimana Malaysia Tahu Awal Serpihan Sayap Milik MH370...?
Ramai yang hairan selepas berbulan diumumkan oleh Malaysia bahawa
serpihan pesawat atau flaperon yang ditemukan di Pulau La Reunion, 29
Julai adalah milik pesawat MH370 sedangkan penyiasat Perancis mahu umum
dua tiga hari lepas.
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai Malaysia
mempunyai rekod teknikal yang serupa dengan serpihan pesawat tersebut
sekali gus menjadi faktor kepantasan negara ini memperoleh keputusan
siasatan berbanding Perancis.
Katanya syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines (MAS) mempunyai
rekod tersebut dan pakar-pakar di negara ini mengesahkannya.
Jelasnya, bagi Perancis, mereka ingin membuat kajian dan pemeriksaan
lanjut mengenai penemuan itu dan hal tersebut dipersetujui di peringkat
negara ini.
“Tidak ada apa-apa masalah. Perancis pergi ke Boeing untuk mendapatkan nombor pendaftaran dan membuat siasatan lanjut.
“Akhirnya, mereka dapat mengesahkan bahawa serpihan itu kepunyaan MH370, milik MAS,” katanya.
Jumaat lalu, penyiasat Perancis mengesahkan serpihan sayap pesawat yang
ditemukan di Pulau Reunion, Julai lalu adalah daripada pesawat MH370
yang hilang.
Pejabat Pendakwa Raya Perancis berkata, pengesahan itu berdasarkan
beberapa nombor siri ditemukan dalam serpihan flaperon yang menyamai
catatan rekod simpanan syarikat pembuat komponen sayap pesawat dari
Sepanyol itu.
Pengumuman itu menjelaskan kepada umum mengenai status penemuan serpihan
MH370 itu milik pesawat Boeing 777 MAS yang hilang bersama 239 orang di
dalam pesawat pada Mac 2014.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 6 Ogos lalu berkata,
serpihan yang ditemukan di Pulau Reunion adalah jelas milik MH370.
Tambah Tiong Lai, pihaknya menyedari terdapat pelbagai cara pengesahan
boleh dilakukan untuk mengenal pasti identiti serpihan pesawat tersebut.
Malah katanya, Malaysia perlu menghormati tempoh masa yang diambil oleh Perancis untuk melengkapkan siasatan.
“Langkah seterusnya adalah kita menunggu pakar dari Australia iaitu
Kumpulan Kerja Strategik Pencarian MH370 yang dianggotai Malaysia, China
dan Australia. Pakar-pakar ini akan menentukan strategi dan kita akan
buat analisis,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment