Sunday, September 06, 2015
Bahana Politik Tak Jujur Akhirnya Hilang Isteri
Satu ketika, Parti Pas menafikan adanya bai'ah dalam parti itu, di mana dalam bai'ah itu termasuklah bercerai dengan talak tiga.
Namun, berikutan penubuhan parti serpihan Pas melalui Gerakan Harapan
Baru (GBH) yang diketuai Mat Sabu- Mantan Timbalan Presiden Pas yang
gagal mempertahankan jawatan, maka para wakil rakyat yang menyertai
parti serpihan itu terpaksa menerima hakikat (bagi wakil rakyat lelaki)
bahawa mereka terpaksa menceraikan isteri-isteri mereka dengan talak
tiga.
Talak tiga tidak boleh rujuk semula, jika mahu kembali si isteri-isteri
perlu berkahwin dengan orang lain, sehinggalah dicerikan semula atau
kematian suami baru, barulah boleh dinikahi oleh bekas suami.
Bagi mantan pemimpin Pas yang terpaksa bercerai atas sebab bai'a,
mungkin ada di kalangan mereka, bagaikan mengantuk di sorongkan bantal,
inilah peluang kahwin dengan daun muda.
Islam tidak menggalakkan kehancuran keluarga, islam juga benci kepada pemimpin atau individu tidak jujur dan mungkir janji.
Mungkin inilah yang mahu diterapkan oleh Pas melalui bai'a, namun atas
sebab nafsu manusia, bai'ah atas nama Allah, urusan kemudian, yang
penting urusan duniawi.
Inilah yang berlaku kepada kumpulan Mat Sabu. Mereka boleh mempermainkan Allah, apatah lagi manusia.
Rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam, perlu melihat dan menilai, jenis apa para pemimpin GHB yang diketuai Mat Sabu.
Kumpulan ini selain mempermainkan agama, menikam parti mereka, akan
tetapi yang paling teruk sanggup diperkudakan oleh DAP, bagi membantu
parti itu mendapat undi kaum islam.
Kita bukanlah ingin campur dalam urusan peribadi, termasuk mencerikan
isteri dengan talak tiga, akan tetapi ingin mengajak pembaca dan rakyat
untuk menilai sendiri, jenis apa para pemimpin GHB yang diketuai Mat
Sabu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment