Saturday, September 19, 2015

Beranikah Cina Kongsi Tapak Berniaga Dengan Melayu Di Petaling Street?

Menurut Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos, jika benar kaum Cina di negara ini bukanlah satu kaum yang bersifat rasis, berikan tapak perniagaan yang 100% dimonopoli oleh kaum mereka kepada kaum Melayu untuk dikongsi bersama.

Beliau berkata demikian selepas ada pihak yang mengatakan Himpunan Baju Merah dibawah kendaliannya bersifat rasis dan tidak mempunyai apa-apa matlamat.

Yunos berkata, Cina marah apabila kita mahu membuka sebuah pusat perniagaan khas untuk orang Melayu dan mahu perkara itu dikongsi bersama mereka, tetapi kenapa kawasan di Petaling Street tidak boleh dimasuki oleh peniaga-peniaga Melayu.

Tambahnya, jika kaum Cina mahu berkongsi sama orang Melayu, tambah tapak perniagaan di Petaling Street dan berikan tapak perniagaan itu kepada orang Melayu.

"Apa salahnya tapak perniagaan di Jalan Petaling Street ditambah dan diberi kepada peniaga Melayu?

"Mereka nak kita kongsi hak kita dengan mereka, tetapi mereka tidak mahu kongsi hak mereka dengan kita. Jangan hanya dimonopoli oleh satu kaum sahaja," kata Jamal dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Beliau yang menyentuh mengenai himpunan baju merah yang dikatakan hanya untuk kaum Melayu berkata, himpunan yang diadakan pada 16 September lalu bukanlah hanya untuk orang Melayu, tetapi himpunan untuk semua kaum.

Malangnya himpunan itu tidak mendapat sambutan dari bangsa lain kerana diputar belit oleh media pembangkang sebagai satu himpunan orang Melayu.

"Kita alu-alukan bangsa lain datang tapi mereka tak datang apa kita boleh buat, mesej kita diputarbelitkan oleh media sosial. Kita seru Melayu, Cina dan India datang tetapi mereka tak datang," katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment