Saturday, September 19, 2015
Orang Melayu Wajib Pertahankan Maruah Bangsa Melayu.. - TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua orang Melayu bangkit mempertahankan maruah bangsa Melayu apabila maruah bangsa Melayu dicabar.
Zahid berkata, orang Melayu perlu bangkit mempertahankan maruah dan sahsiah diri apabila dicabar dan jangan hanya mendiamkan diri sehingga dipijak oleh bangsa lain.
Tambahnya, bangunlah orang Melau pertahankan tanah air tercinta sebelum dirampas oleh pendatang yang ingin menguasai pentadbiran negara.
"Apabila maruah orang Melayu dicabar, adakah kita mahu terus ditolak ke dinding dan kita berdiam diri. Jangan harap itu berlaku, kita akan bangkit menjaga maruah dan sahsiah kita," kata Zahid ketika berucap merasmikan Seminar Keselamatan dan Pengurusan Sempadan anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok.
Dalam masa sama, beliau turut memberi peringatan kepada penganjur perhimpunan haram yang dilakukan sebanyak 4 kali supaya melihat kebangkitan orang Melayu dalam himpunan yang diadakan 16 September lalu.
Katanya, jangan mencabar ketuanan Melayu, kerana orang Melayu pantang dicabar dan akan bangkit mempertahankan hak mereka.
Jelasnya, apa yang dilakukan oleh penganjur himpunan haram Bersih selepas ini pasti akan mendapat balasannya.
"Apa-apa sahaja yang berlaku akan ada tindak balasnya," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment