Thursday, September 03, 2015

Cina DAP Bersih Pijak Gambar Ulamak PAS Dan PM Kini Diburu Polis

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengumumkan pihaknya sedang giat memburu individu yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ulama Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada perhimpunan Bersih 4.0 yang diadakan pada hujung minggu lalu.

Khalid berkata, perhimpunan itu telah melahirkan satu budaya yang kurang ajar apabila memijak gambar pemimpin Malaysia dan ia bertentangan dengan budaya di negara kita ini.

Oleh itu, Khalid menyarankan pada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu tersebut supaya tampil memberi kerjasama agar pihak polis dapat mengambil tindakan keras terhadap individu yang terlibat.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu yang memijak gambar berkenaan segera salurkan kepada polis supaya kita dapat ambil tindakan tegas terhadap mereka," kata Khalid.

Gambar peserta yang memijak gambar pemimpin Malaysia yang tersebar di laman sosial mendapat kecaman dari golongan netizen dengan mengatakan perbuatan itu sebagai tindakan yang tidak bermoral dan biadap.

Pengguna Facebook, Kemboja Merah berkata, tindakan peserta himpunan haram itu begitu biadap kerana lari tujuan asal perhimpunan dan meminta penganjur untuk tampil menjelaskan keadaaan ini.

Tambahnya lagi, tindakan peserta haram itu telah memburukkan lagi nama negara di mata dunia.

"Apa kata penganjur tentang kebiadapan ini? Buka mata rakyat Malaysia, bukan kekecohan seperti ini yang kita mahukan. Perhimpunan seperti ini hanya mencemarkan nama negara sahaja... #SayNoToBersih," katanya.

Menurut Teoh, penganjur perlu memastikan pesertanya menjaga adab walaupun mereka yang menyertai perhimpunan haram itu tidak menyukai pemimpin Melayu.

"Walaupun kita tidak menyokong pemimpin itu, tak perlulah sampai memijak2 gambar mereka. Kita beradablah pada masa perhimpunan, tunjukkan kepada semua kita ni betul2 ikhlas mahukan perubahan," katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment