Saturday, September 19, 2015

Gagal Jawab Isu Air Dan DEIG, Azmin Perlu Letak Jawatan

KUALA LUMPUR : Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo mendesak Azmin Ali meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya terus gagal menjawab isu berkaitan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) dan ke mana perginya wang rakyat sebanyak RM7.6 bilion dana penstrukturan air Selangor seperti yang didedahkan oleh Adun Pelabuhan Klang, Tan Sri Khalid Ibrahim.
deig



























Jelasnya, pemimpin pembangkang sebelum ini sering mendesak pemimpin Barisan Nasional (BN) letak jawatan sekiranya gagal menjawab sebarang isu ataupun tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik.
Maka tegas beliau, kini tiba masa mereka pula untuk membuktikan ketelusan dan kejujuran di dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi.
“Sekiranya mereka gagal maka mereka juga perlu letak jawatan. Jangan hanya tahu mendesak pemimpin BN sahaja tetapi bila kena pada batang hidung sendiri, mereka terus menikus berdiam diri.
“Jika tidak mahu meletak jawatan maka Azmin perlu memberikan penjelasan segera bagaimana syarikat RM2 tiba-tiba diberi kuasa untuk menjalankan urus niaga bagi aset-aset MBI yang berjumlah lebih RM30 bilion dan di mana pergi wang rakyat RM7.6 bilion.
“Ini adalah perkara serius dan bukan masalah kecil. Janganlah baru menjawat jawatan Menteri Besar sudah buat harta rakyat macam harta sendiri,” ujarnya kepada pihak media.
Tambah Ismail, sebagai Menteri Besar, Azmin sepatutnya berkhidmat untuk rakyat Selangor dan bukannya ‘mencuri’ hak rakyat.
Sikap Azmin yang sering berretorik dan bersandiwara dalam politik tambanya lagi membuatkan dia tidak layak untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Besar.
“Saya ingin bertanya kepada Azmin, pembangkang sering mengkritik isu 1MDB maka sekarang mereka perlu menjawab mengapa terma pinjaman DEIG sangat ‘pelik’ dan mengelirukan malah syarikat berkenaan bebas daripada diaudit apabila boleh membuat pinjaman pelaburan tanpa perlu melaporkan laporan kewangannya kepada kerajaan atau di DUN.
“Tidakkah ini pelik dan menjadi tanda tanya.. ianya seakan ada udang disebalik batu. Jadi sekali lagi saya tekankan, sekiranya Azmin gagal menjawab dua isu besar ini maka dia perlu letak jawatan,” tegasnya lagi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment