Thursday, September 17, 2015
Himpunan Rakyat Bersatu : Rupanya Masih Ramai Lagi Yang Sokong Kerajaan
EDITOR MENULIS...
16 SEPTEMBER 2015
Saya masih kekal dengan pendirian
peribadi untuk tidak sokong apa-apa perhimpunan jalanan. Aman baik, tak
aman apa lagi, dari dulu dan seterusnya ni, macam itulah tak berubah.
Tak nak letak diri ini setaraf macam orang tua nyanyuk yang dulu bantah
perhimpunan jalanan, sekarang dia pun ikut berdemo atas jalan sekali.
Nama takde sebut, siapa nak terasa, itu bukan halnya ... terpulanglah ....
Tapi bagi saya, sama macam ramai orang
yang lain, sokong apa juga bentuk perpaduan atau solidariti yang
cenderung ke arah menyokong kerajaan BN – seperti yang ditunjukkan dalam
perhimpunan semalam.
Sekalipun ada insan kecewa dengan
kejayaan perhimpunan itu cuba nafi bahawa ia adalah perhimpunan rakyat
Malaysia memandangkan majoriti besar yang hadir ialah orang Melayu, tapi
benda sama juga boleh disebut tentang Bersih 4 (yang dia sokong) dimana
majoriti besar hadir tu ialah orang cina.
Lagipun orang Melayu bukan rakyat
Malaysia ke? Rakyat Malaysia juga kan. Tidak ada bezanya sama sekali
cuma perhimpunan Merah itu lebih ramai dari yang kuning.
Dengan kejayaan perhimpunan semalam,
tanggapan sesetengah pihak dan pembangkang kononnya kerajaan ini tidak
dapat sokongan akar umbi kerana tidak ada perkumpulan besar rakyat yang
membuktikan sokongan itu wujud, ternyata meleset.
Ini penting nak disebutkan sebab selama
‘menang tanpa pertandingan’ dalam hal demo jalanan ni, pembangkang
beraya sakan mendakwa itu bukti mereka sebenarnya yang ada sokongan
rakyat, bukan BN, bukan UMNO.
Sekarang apa agaknya mereka nak konar?
Bolehlah dari sekarang cari jalan lain
macam mana nak bersaing antara satu sama lain sebab terbukti
pertandingan atas jalan ni yang pro kerajaan dah menang.
Cuma yang saya bimbangkan sekarang
ialah, bila dua-dua pihak dah buktikan kekuatan (pro kerajaan dan anti
kerajaan) di jalan, mungkin satu hari nanti akan wujud pertembungan?
Persoalannya kalau pertembungan itu berlaku nanti, apa nak dibuat
selepas itu?
Perkara yang sepatutnya difikirkan bersama...
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment