Thursday, September 17, 2015
Otai Reformis Diselamatkan Oleh Pihak Yang Pernah Mereka Gelar “Anjing Kerajaan”
Aman;
itu adalah perkara pokok yang menjadi sandaran dan pegangan setiap inci
tubuh badan mereka yang sertai Himpunan Merah 16 September 2015.
Tiada provokasi, tiada darah berdarah, tiada parang berparang, tiada ludah meludah. Aman.
Berbudaya samseng jalanan, pendukung
reformasi Anwar Ibrahim tiba-tiba muncul untuk memulakan provokasi ke
atas baju merah, dan Petaling Street dijadikan modal untuk mencipta
rasis, sekalipun kawasan ini tidak tersenarai di dalam laluan himpunan.
Media pembangkang, beserta
soldadu-soldadu maya pro DAP sedaya upaya, sederap usaha mengembleng
tenaga untuk memainkan isu perkauman dengan gambar-gambar peserta
himpunan merah yang berkumpul di hadapan Petaling Street. Kononnya
Melayu ingin serang Petaling Street, tempat yang terkenal dengan
barang-barang tiruan dan dikuasai oleh peniaga-peniaga berbangsa cina.
Hakikatnya, para peserta yang ditemui sekadar ingin “berselfie” dan “berwifie” dengan gerombolan yang
mengaku dirinya otai, yang provokasinya sangat tidak masuk akal jika
laluan himpunan diambil kira.
Melayu itu tinggi adabnya, rendah
biadapnya. Namun, apabila ada yang biadap terhadapnya, hadapilah mereka.
Namun, kelibat reformis langsung tidak kelihatan sewaktu sebilangan
kecil baju merah singgah untuk “bermesra” dengan mereka. Persis bacul,
mulut sembang tinggi melangit, hati sekecil tungau. Apa lah sangat untuk
mereka keluar dan berjumpa dengan bilangan kecil baju merah yang
berhimpun di situ, berbanding dakwaan otai bahawa seramai 2000 lebih
geng otai yang menanti. Kan?
Bonus bagi reformis, apabila golongan
yang pernah mereka panggil “anjing kerajaan” atau “barua kerajaan”
rupanya menjadi tembok pemisah dari menjadi buruan baju merah yang ingin
“berwefie”.
Dengan tegas dan tidak berganjak, pihak
berkuasa konsisten untuk terus menjaga keselamatan reformis sungguhpun
mereka sendiri yang memulakan provokasi ke atas baju merah. Anggota
Polis, dan FRU ditempatkan di pintu utama Petaling Street sehingga ke
malam hari. Begitulah komitednya “anjing kerajaan” dalam memastikan
keselamatan awam, tanpa mengira latar belakang.
Ramai sahabat-sahabat yang berada di kalangan baju
merah, dan baju merah hadir ke Petaling Street bukan untuk membuat kacau
ke atas peniaga-peniaga Cina di Petaling Street, tetapi “terangsang”
dengan ucapan berbaur provokasi dari seorang bangsa Melayu berparti DAP
terhadap himpunan penyatuan bangsanya sendiri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment