Thursday, September 17, 2015
Ingatlah Kita..... Pertahan Maruah Melayu
Himpunan Rakyat Bersatu menjadi landasan bagi melaungkan suara orang
Melayu yang sudah bosan terhadap sikap biadab segelintir rakyat yang
berkiblatkan DAP.
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), Tan Sri Mohd. Ali Rustam
berkata, himpunan itu bertujuan menunjukkan kebangkitan perpaduan orang
Melayu bagi mempertahankan maruah bangsa itu daripada terus dihina
gara-gara terlalu taksub dengan perjuangan politik bersifat cauvinis.
Tegasnya, himpunan itu menjadi ‘lidah’ bagi orang Melayu untuk menggesa
sikap biadab peserta perhimpunan haram Bersih 4.0 menghina pemimpin
Melayu dihentikan serta merta.
“Mereka semakin berani menghina pemimpin Melayu, kalau tidak suka sekalipun tidak perlu sampai pijak gambar.
“Mereka
bukan sahaja berani hina dan memijak gambar Perdana Menteri malah Datuk
Seri Abdul Hadi Awang yang merupakan Presiden dan juga Timbalan
Presiden Majlis Ulama Dunia.
“Ini bukan kali pertama, sebaliknya telah diulang dua kali, tiga kali
malah sudah empat kali.
Kita tidak boleh terima lagi, sebab itu kita
berhimpun hari ini untuk memberi amaran keras supaya mereka
menghentikannya,” katanya ketika berucap pada Himpunan Rakyat Bersatu di
Padang Merbok, di sini hari ini.
Jelasnya, malah dalam Islam juga menuntut umatnya untuk melawan
kemungkaran melalui tiga cara iaitu menggunakan tangan, lidah dan hati.
“Kita tidak akan menggunakan tangan kerana kita menghormati sistem
demokrasi ini, tetapi hari ini kita gunakan `lidah’ untuk melawan musuh
kita yang semakin biadab.
“Oleh itu kami mengutuk sekeras-kerasnya himpunan haram Bersih kerana
kita tidak sanggup lagi membiarkan mereka terus tidak menghormati Rukun
Negara seperti kesetiaan kepada Raja dan negara, keluhuran Perlembagaan,
kedaulatan undang-undang dan paling jelas kesopanan dan kesusilaan,”
ujarnya.
Tambahnya, Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dan sekiranya
benar-benar ingin menolak kepimpinan sedia ada mereka perlu boleh
menterjemahkan melalui kotak undi.
“Tetapi bukan dengan cara menghina pemimpin Melayu,” jelasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment