Thursday, September 17, 2015
Himpunan Merah : Itu Ini Begitu Begini...
Berpuluh-puluh ribu orang Melayu semalam berkumpul di Padang Merbok,
Kuala Lumpur.
Mereka datang dari seluruh pelosok negara. Berbanding
Bersih, pihak-pihak tertentu khususnya propembangkang melihat Himpunan
Rakyat Bersatu seolah-olah ancaman kepada keselamatan negara.
Pelbagai tafsiran, andaian dan tuduhan dibuat termasuklah himpunan itu
akan membawa petaka kepada negara. Malah ia juga didakwa boleh menggugat
perpaduan kaum di negara ini.
Persoalannya, tidakkah perhimpunan secara aman dibenarkan oleh
undang-undang? Bukankah Akta Perhimpunan Aman 2012 diwujudkan bagi
memberi ruang rakyat berkumpul? Tidakkah akta itu wujud hasil desakan
parti-parti pembangkang dengan alasan ia amalan demokrasi dan hak
kebebasan bersuara?
Oleh itu kenapakah apabila Himpunan Rakyat Bersatu mahu diadakan
pelbagai tafsiran dibuat? Apakah kerana ia dihadiri oleh majoriti orang
Melayu, maka segalanya buruk belaka? Kenapa perlu memandang serong
apabila orang Melayu berhimpun?
Sememangnya atas nama kebebasan bersuara dan memberi pendapat sesiapa
juga berhak melontarkan pandangan mereka tetapi dalam masa yang sama,
kita juga berhak membalas hujah-hujah tersebut.
Berikut PeneranganPemudaSEREMBAN paparkan antara dakwaan yang dilemparkan kepada Himpunan
Rakyat Bersatu dan hujah balas bagi mempersoalkan kenapakah tafsiran
yang sama tidak dibuat kepada perhimpunan haram Bersih dahulu:
* Himpunan Rakyat Bersatu menyusahkan
Perlu diingat Bersih mengadakan perhimpunan haram. Permohonan mereka
untuk mendapat permit berkumpul di Dataran Merdeka tidak diluluskan.
Bagaimanapun pihak polis masih bertolak-ansur apabila mengadakan
rundingan dengan penganjur. Pihak polis menawarkan bantuan untuk menjaga
keselamatan dengan syarat perhimpunan diadakan di tempat tertutup,
tetapi malangnya ditolak oleh penganjur.
Bersih tetap mahu mengadakan perhimpunan itu di tengah-tengah bandar
raya Kuala Lumpur, tetapi Himpunan Rakyat Bersatu mendapat permit Dewan
Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis serta dibenarkan berhimpun di
Padang Merbok.
* Baju Merah bukan pejuang Melayu
Faktanya majoriti besar yang menyertai Himpunan Rakyat Bersatu adalah
orang Melayu. Mereka memperjuangkan hak-hak orang Melayu tanpa menggugat
hak kaum lain. Persoalannya, bagaimana perhimpunan haram Bersih boleh
dianggap membawa suara rakyat dan mewakili rakyat? Sedangkan semua orang
tahu majoriti yang datang ialah kaum Cina penyokong DAP.
Bagaimana ia boleh dianggap suara rakyat dengan kehadiran kaum lain
tidak sampai 20 peratus? Malah ia juga bertujuan politik tetapi alasan
diberikan ialah demi menuntut pilihan raya Bersih, tetapi apa yang kita
saksikan ketika perhimpunan haram itu berlangsung pelbagai caci-maki
dilemparkan kepada kepemimpinan negara. Soal pilihan raya entah ke mana.
* Dianggap perhimpunan berbaur perkauman
Apakah perhimpunan haram Bersih tidak boleh dilihat berbaur perkauman
apabila majoriti yang hadir adalah kaum Cina? Apakah mereka tidak
memikirkan soal sensitiviti kaum apabila bertindak memijak gambar
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang? Kenapa perlu melihat dari sudut perkauman apabila
melibatkan penyertaan orang Melayu? Apakah benarkah orang Melayu begitu
tebal dengan semangat perkauman? Kalau betul orang Melayu ada sikap
sedemikian sudah pasti Malaysia tidak akan aman.
* Tidak menghormati sambutan Hari Malaysia
Bagaimana dengan tindakan Bersih mengadakan perhimpunan haram pada 29
Ogos dan 30 Ogos lalu? Tidakkah ia menjejaskan sambutan Hari Kebangsaan
2015? Perlu diingat mereka mengadakan perhimpunan itu selama dua hari
sedangkan Himpunan Rakyat Bersatu hanya diadakan beberapa jam sahaja.
Akibat kedegilan penganjur Bersih, sambutan Ambang Kemerdekaan
terpaksa dipindahkan dari Dataran Merdeka ke Stadium Bukit Jalil.
Tidakkah itu mencemarkan sambutan hari kemerdekaan negara?
* Boleh menjejaskan tumpuan kepada pemulihan ekonomi
Kenapa soalan yang sama tidak ditanya kepada penganjur Bersih? Tidakkah
tindakan mereka juga boleh menjejaskan usaha itu? Kenapakah hanya
ditumpukan kepada perhimpunan aman melibatkan orang Melayu sahaja?
* Mengganggu penjaja dan peniaga
Akibat perhimpunan haram Bersih, para peniaga di Jalan Tunku Abdul
Rahman dan Jalan Masjid India mengalami kerugian kerana terpaksa menutup
perniagaan. Kenapakah soal kerugian ini hanya dilihat dari sudut
peniaga-peniaga di Petaling Street atau Bukit Bintang sahaja?
* Beri kesan buruk kepada negara
Ini kali pertama orang Melayu mengadakan perhimpunan. Itu pun dijalankan
secara aman dan mematuhi segala undang-undang yang diperuntukkan.
Tetapi Bersih sudah mengadakan empat perhimpunan yang mana dua
daripadanya menyaksikan keganasan tercetus termasuk anggota keselamatan
cedera diserang.
Akibat kekecohan itu, ia telah memburukkan nama negara. Kenapakah
persoalan ini tidak dibangkitkan? Kenapa perhimpunan aman oleh orang
Melayu dianggap boleh memburukkan nama negara?
Kesimpulannya, buatlah apa sahaja, katalah apapun, Himpunan Melayu
Bersatu yang berlangsung sudah menjadi bukti orang Melayu juga berhak
dan mampu berhimpun mempertahankan hak mereka di negara yang suatu
ketika bernama Tanah Melayu ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment