Thursday, September 17, 2015
Hina PAS Bukti DAP Rasis - Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR : DAP diingatkan agar tidak berselindung di sebalik agenda perkauman yang dinafikan parti itu selama ini.
Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata,
serangan DAP bertubi-tubi terhadap agenda perjuangan Islam PAS
membuktikan parti itu secara agresif mengamalkan fahaman rasis.
"DAP jangan temberang, jangan bohong bahawa mereka tidak perkauman.
"Merekalah perkauman yang paling rasis dalam negara," katanya ketika
berucap di hadapan ribuan peserta Perhimpunan Rakyat Bersatu di Padang
Merbok di sini, hari ini.
Beliau turut pernah mengingatkan PAS dan pimpinannya mengenai keputusan
PAS untuk menjalinkan hubungan politik dengan DAP satu ketika dahulu.
"Saya kata tahaluf siyasi dengan DAP akan makan diri PAS sendiri...sekarang dah jadi.
"Siapa punya angkara kalau bukan DAP," katanya.
Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menuntut agar seluruh hak Melayu yang terkandung dalam Perlembagaan dikembalikan semula.
"Kembalikan semula biasiswa penuh anak-anak Melayu, kembalikan tanah rizab Melayu.
"Ini antara tujuh wasiat Raja-Raja Melayu," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment