Thursday, September 17, 2015
Akhirnya Melayu Jua...
Sebaik saya turun dari Royal Bintang Kuala Lumpur Jam
11 pagi, kawasan sekeliling hotel, simpang masuk ke Jalan Alor, Low Yatt
Plaza, Lorong2 Kecil dan sepanjang jalan ke Pavilion di penuhi anggota
polis yg beruniform dan berpakaian biasa.
Suasana jalan lengang tanpa kenderaan di kawal sepenuhnya. Perjalanan
saya bersama 15 orang Jawatan Kuasa saya di rakam secara terangan oleh
anggota2 bertugas.
Kehadiran trak FRU dan Polis yang d parkir sepanjang jalan serta pagar
yang di pasang seolah menunjukkan anggota keselamatan kita begitu
bersedia mengawal sebarang kemungkinan.
Jam 1 tengahari kumpulan dari Jalan Conlay mula bergerak ke Padang
Merbuk .Di sebabkan semangat yang membara kumpulan ini memilih untuk
membelok ke kiri walaupun di arah anggota bertugas untuk ke arah kanan,
Jalan ke Istana Hotel menuju ke Padang Merbuk.
Sampai di hadapan Pavilion menuju ke Jalan Bukit Bintang kami telah di halang dengan bentengan kemas 3 lapis anggota FRU.
Bentengan ketiga siap bersenjata lengkap !!
Beberapa rakan NGO termasuk Sdr Armand Exco Pemuda Umno Malaysia, Dato
Megat Omar Din dan saya telah berbincang cara lembut meminta kebenaran
kami melalui jalan yang agak signifikan dengan matlamat Himpunan Merah
ini.
Beberapa pegawai kanan polis dengan amat berhemah juga meminta kami
untuk berpatah balik secara baik mengikut laluan yang telah di
persetujui awal oleh pihak penganjur dan PDRM.
Kedatangan OCPD Kuala Lumpur dengan bahasa dan riak wajah yang amat di senangi memudahkan lagi proses rundingan.
Walaupun ada ketikanya beberapa sahabat NGO mula meninggikan suara
akibat cuaca panas dan tolakkan dari belakang oleh peserta2 himpunan
yang semakin sukar di kawal.
Saya tidak tahu pihak mana yang Tuan OCPD hubungi beberapa kali dan
akhirnya beliau meminta 10 minit untuk melepaskan kumpulan ini masuk ke
'laluan impian'
Keputusan ini di sambut tepukan gemuruh oleh peserta Himpunan sambil melaungkan Hidup Melayu!
Selepas 10 minit Tuan OCPD memohon lagi 10 minit dan pada ketika inilah
timbul sedikit aksi tolak menolak antara peserta himpunan dan anggota
FRU sehingga saya terpaksa menjerit memohon kerjasama demi kebaikan nama
penganjur . Rakan2 NGO dan Sdr Armand memainkan peranan mengawal
peserta dengan amat baik sekali.
Bimbang keadaan semakin tidak terkawal saya memohon Tuan OCPD untuk
memberi kebenaran segera kami bergerak masuk. Ketika ini lah beliau
menjelaskan kepada saya dan rakan-rakan bahawa beliau perlu mempersiapkan
semua anggota di segenap tempat yang ingin kami lalui agar tidak ada
sabotaj dan provokasi yang akan menghancurkan imej Melayu.
Tanggungjawab beliau untuk memastikan kami semua selamat melalui jalan
ini. Beliau mohon masa untuk pastikan segala bangunan di kiri kanan
laluan yang tidak ada dalam senarai ini selamat kepada kami!!
Wah ..betapa hebatnya pegawai Melayu ini, jiwa nya cukup besar selain
memastikan semua kepentingan Peniaga-Peniaga Cina di Bukit Bintang tidak
terganggu, beliau juga mahu nama Melayu terpelihara dengan keputusan
yang beliau buat !!!
Saat ini saya terfikir sekiranya pegawai tertinggi ini bukan orang
Melayu apakah keputusan seadil ini akan berlaku? Atau mungkin saya dan
sahabat2 sudah di bawa naik trak FRU atau di belasah dengan belantan
kerana tidak mengikut laluan yang di benarkan.
Akhirnya kami di benarkan dengan cukup baik dan kami juga berjanji
mengawal para peserta agar tidak melakukan sesuatu yang pelik sepanjang
berada di laluan Bukit Bintang
Akhirnya saya berada di atas pentas dan melihat lautan merah menyala dan
betapa kagum dan bangganya saya menjadi Melayu kerana Melayu itu begitu
baik , Melayu itu begitu pekerti , Melayu itu begitu tertib dan sopan
sehingga tidak berlaku sedikit pun perkara2 kurang baik sepanjang laluan
dan himpunan berlangsung.
Saya melihat sekeliling pentas dan mengingati kembali sepanjang laluan
yang di lalui - yang berhimpun ini Melayu yang menjaga keselamatan nya
Melayu, yang berucap semua Melayu ... Melayu seolah boleh buat apa saja
semalam namun Melayu tetap Melayu hormat nya sangat tinggi dan barang di
ingat amuk nya juga sukar di kawal
Akhirnya Melayu Jua Yang Akan Menjaga Tanah Air Ini
Selamat Hari Malaysia
16 September 2015
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment