Thursday, September 17, 2015
Himpunan Merah Tiada 'Bau Busuk Air Kencing' Seperti BERSIH4
Tiada 'bau busuk air kencing' dikesan dalam timbunan sampah di Kuala
Lumpur selepas perhimpunan 'baju merah' diadakan pada Rabu, tidak
seperti yang berlaku pada demonstrasi Bersih 4.0 sebelum ini.
"Ya, ada sampah. Tetapi tidak seperti demonstrasi Bersih, kali ini bau
busuk air kencing tidak dikesan," kata Datuk Abdul Rahman Dahlan
menerusi twitternya pada Khamis.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu
bagaimanapun berkata, bil pembersihan akan dihantar kepada penganjur
Himpunan Rakyat Bersatu.
"Saya baharu sahaja bercakap dengan pihak Alam Flora untuk memberikan
saya berapa kos pembersihan. Mereka sedang memuktamadkan jumlahnya. Bil
itu akan dihantar kepada penganjur demonstrasi 'baju merah'," katanya.
Laman sosial Abdul Rahman dihujani dengan pelbagai pertanyaan daripada
'netizen' sama ada beliau akan menyerahkan bil pembersihan kepada
penganjur.
Netizen turut melampirkan gambar-gambar sampah yang dibuang di sekitar ibu negara, semasa dan selepas perhimpunan itu.
Abdul Rahman berkata, sebagaimana Bersih 4.0 sebelum ini, beliau akan
menunggu sehingga kos itu dikira dan kemudian mengumumkannya kepada para
penganjur.
Penganjur Bersih 4.0 menerima tamparan hebat dengan bil pembersihan sebanyak RM65,000.
Menurut Abdul Rahman, ia merupakan kos bagi pembersihan di
kawasan-kawasan yang digunakan peserta semasa perhimpunan pada 29 dan 30
Ogos lalu.
Bagaimanapun, penganjur Bersih berkata, mereka akan mencabar sebarang
perintah pembersihan di mahkamah, sambil mengatakan bahawa sekumpulan
sukarelawan mengutip sampah di sepanjang perhimpunan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment