Thursday, September 17, 2015

"Kami 'Gentlemen', Sedia Bayar Bil Pembersihan"- Penganjur

KUALA LUMPUR : Penganjur Himpunan Rakyat Bersatu bersikap 'gentlemen' dan akan membayar bil pembersihan, kata Presiden Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Yunus.

Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) telah berbincang dengan Majlis Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan bersetuju untuk membayar bil berkaitan perhimpunan pada Rabu.

"Kita bukan seperti Bersih. Kita 'gentlemen'. Jika ada bil, kita akan membayarnya.

"Oleh itu, DBKL tidak perlu bimbang," kata Jamal.

Bil pembersihan dianggarkan sebanyak RM50,000 akan dikeluarkan dalam masa seminggu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Amin Nordin Abdul Aziz berkata, beliau sedang menunggu Alam Flora untuk mengemukakan laporannya.

Bagaimanapun, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Rahman Dahlan menulis di Twitter bahawa pihak penganjur bakal menerima bil berjumlah RM38,000.

"Saya baru sahaja mendapat pengesahan daripada Alam Flora bahawa bil pembersihan untuk himpunan baju merah adalah RM38k. Bil akan dihantar kepada penganjur himpunan baju merah," katanya di Twitter.

Perhimpunan anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) pada Rabu di Padang Merbok, menyaksikan ribuan penyokong berarak masuk dari Masjid Negara, Pusat Dagangan Dunia Putra dan sekitarnya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment