Thursday, September 17, 2015
Himpunan Rakyat Bersatu : Mengapa Orang Melayu Keluar Ke Jalanraya...??
Melihat kebangkitan penduduk pribumi dalam Himpunan Rakyat Bersatu pada
Rabu ramai yang bertanya mengapa pribumi khususnya orang Melayu tak
kira peringkat umur keluar ke jalan raya?
Ada yang jawab sebab penganjur sedia kenderaan, tapi itu pilihan, orang
boleh tidak naik bas untuk pergi berhimpun jika hati tidak panas.
Pengalaman penulis sendiri yang menaiki komuter dari Bangi, ramai orang
Melayu berbaju merah yang pergi menggunakan pengangkutan awam.
Bahkan bertemu dengan seorang anak muda, gayanya seperti pelajar
universiti, yang berseorangan untuk menyertai perhimpunan tersebut.
Pemuda itu antara kira-kira 200,000 orang dari seluruh pelosok tanah air
turun ke ibu negara bagi menghadapi perhimpunan penting orang Melayu
selepas merdeka.
Menurut Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Rafii, orang
Melayu yang keluar ke jalan pada Rabu adalah manifestasi sokongan kepada
kerajaan yang berdepan tekanan berbagai pihak.
"Tekanan kepada kerajaan oleh pihak luar, media asing, bekas pemimpin
dan dari dalam parti sendiri menyebabkan orang-orang Melayu merasa
tersudut, apa yang kita saksikan kini adalah 'lantunan' yang terjadi
selepas orang Melayu ditolak ke dinding," ujarnya ketika ditemui di
Masjid Negara sebelum perarakan menuju Padang Merbok pada Rabu.
Jelas Razlan, kehadiran orang ramai luar dari jangkaan kerana orang
Melayu mahu tunjukkan mereka juga sedia ke jalanraya untuk menuntut dan
mempertahankan hak mereka.
"Selama ini Bersih 1 sampai 4, orang ingat penduduk pribumi tidak berani
ke jalanraya untuk menuntut itu ini, jelas hari ini, orang Melayu
bersedia ke jalanraya, bahkan jika dicabar saya percaya mereka sanggup
mempertahankan bumi ini hingga nafas terakhir," katanya.
Dalam
perhimpunan rakyat terbesar selepas 1946 Rabu, orang-orang Melayu
keluar penuh semangat berkumpul di beberapa lokasi yang ditetapkan
sebelum berarak menuju ke Padang Merbok.
Biarpun tercetus sedikit kekecohan di Jalan Petaling namun ia sama
sekali tidak menjejaskan perhimpunan terbesar di Padang Merbok.
Hakikatnya, perhimpunan itu seperti ditegaskan oleh beberapa pemimpin
yang berucap adalah sebagai tindak balas terhadap kebiadaban peserta
perhimpunan haram Bersih menghina pemimpin Melayu.
Malah pemimpin tersebut menegaskan, perhimpunan berkenaan sebagai
peringatan kepada DAP supaya tidak menggunakan nama rakyat bagi mencapai
tujuan politik mereka.
Menurut salah seorang pemidato, Exco Pemuda UMNO yang juga Pengerak Aku
Merah, Armand Azha Abu Hanifah berkata perhimpunan ini merupakan
permulaan kebangkitan rakyat mempertahankan kerajaan.
"Kerajaan barisan Nasional (BN) dalam PRU13 lalu dipilih oleh kaum
pribumi, di Semenanjung, orang-orang Melayu yang menyokong BN sehingga
UMNO menang besar, kerusi UMNO sahaja 88, seluruh kerusi pembangkang di
Parlimen 89... Orang Melayu mahu UMNO memerintah mereka.
"Jadi apabila UMNO ditekan, difitnah, dan wujud cubaan mengulingkan
kerajaan secara tidak sah, maka orang Melayu yang memilih kerajaan ini
pada PRU13 lalu, keluar ke jalan untuk mempertahankannya,"ujar Armand
yang berarak dari Jalan Conlay Bukit Bintang.
Dalam perhimpunan tersebut, apa yang menarik, sebahagian besar peserta
perhimpunan terdiri daripada anak muda yang dilihat begitu bersemangat
dalam mempertegaskan hak dan kepentingan orang Melayu, biarpun ada pihak
menganggap perhimpunan itu bukanlah memperjuangkan orang Melayu.
Berselawat ke atas nabi, menyanyi lagu Warisan dan Barisan Kita menjadi
pembakar semangat kepada peserta. Apa yang diketengahkan sepanjang
perhimpunan itu adalah peringatan supaya jangan sesekali mana-mana pihak
cuba membakar semangat orang Melayu melalui tindakan biadab.
Meskipun dihangatkan dengan hawa panas terik, kesemua peserta sanggup
berarak berbelas-belas kilometer bermula dari beberapa lokasi seperti
Jalan Conlay, Masjid Wilayah, Masjid Negara, Jalan Bukit Bintang dan
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menuju ke Padang Merbok.
Kesemua peserta berkenaan mula berarak kira-kira pukul 1.30 petang
sebelum berkumpul di padang berkenaan. Ketibaan mereka disambut dengan
lagu Inilah Barisan Kita yang dilihat membakar semangat peserta untuk
terus berhimpun.
Tepat pukul 3 petang, himpunan itu dimulakan dengan bacaan doa sebelum
disusuli dengan laungan kata-kata semangat. Tanpa disedari Padang Merbok
bagaikan ‘lautan merah’ yang dibanjiri oleh peserta berkenaan yang
bersatu hati mengenakan baju merah.
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), Tan Sri Mohd Ali Rustam
yang memulakan majlis berkata insiden memijak gambar pemimpin termasuk
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu perbuatan keji.
"Mereka hina Najib dengan memijak gambarnya, kalau tak suka jangan pijak gambar dia.
"Dia pemimpin untuk seluruh rakyat Malaysia, dia dipilih secara demokrasi. Kita bantah sama sekali Bersih," katanya.
Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA),
Jamaluddin Yusof menyeru masyarakat agar tidak membiarkan isu agama,
bangsa dan tanah air diperkotak-katikkan.
"PEKIDA sanggup berkorban apa sahaja demi agama, bangsa dan tanah air," katanya.
Setiausaha Agung Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omardin memberikan
amaran kepada Bersih agar tidak mengulangi perbuatan memijak gambar
pemimpin.
"Jangan jolok sarang tebuan. Kita diam bila dia buat Bersih 1, Bersih 2
Bersih 3, kita buat tak nampak. Tetapi bila Bersih 4, dia pijak gambar
pemimpin ia telah bangkitkan kemarahan kita," katanya.
Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata
pemimpin terdahulu telah membuat pilihan untuk menerima sistem demokrasi
berparlimen bagi memastikan masyarakat majmuk dapat hidup dengan aman.
"Kita tak ada pilihan lain tapi itulah yang terbaik. Kita terima sistem
demokrasi parlimen atas sebab itu ada tolak ansur," katanya.
Padang berkenaan yang sekadar mampu menampung kehadiran 80,000 orang itu
turut menyaksikan peserta lain terpaksa memenuhi kawasan berhampiran
padang seperti di tepi jalan dan ruang tempat letak kereta berhampiran
padang tersebut.
Dalam pada itu, difahamkan kekecohan di Jalan Petaling didakwa
dicetuskan oleh kelompok yang sengaja diwujudkan oleh pihak tertentu
bagi memburukkan Himpunan Rakyat bersatu. Ini memandangkan semua peserta
himpunan itu telah diarahkan supaya berkumpul secara aman di Padang
Merbok.
Pada himpunan tersebut, kebanyakan ucapan pemimpin lebih berasaskan
perpaduan Melayu dan pada masa sama menyelar tindakan segelintir puak
yang semakin berani menghina orang Melayu gara-gara terlalu taksub
dengan ideologi DAP.
Tidak ketinggalan, Presiden Yayasan Persahabatan Malaysia (Permai), Tan
Sri Annuar Musa telah diberikan penghormatan bagi membentangkan 14
resolusi yang perlu diberi perhatian oleh orang Melayu termasuk kerajaan
sebagai penutup himpunan tersebut.
Tepat pukul 5.30 petang peserta yang datang dari seluruh pelosok tanah air bersurai dengan aman.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment