Thursday, September 17, 2015

Negara Rugi Jika Semangat Perpaduan Kaum Tidak Dihargai – Abdul Rahim

KOTA KINABALU : Rakyat dan negara akan rugi sekiranya nilai dan semangat perpaduan berbilang kaum yang wujud di Malaysia selama ini tidak dihargai, dipelihara dan dipertahankan, kata Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgbouhOn-TZzzwQcvK4D_a34pAqNmKvddPkxLpIwi_4sgGamVtTPesZI_EXi0V6js3Sx5YQTMPYTC3pQAmCPIRftGEIN9JJA4fVFISeCjXbwN7lQbt3tdsXEQsN2O_5Txhf0P07mxqzsSw/s1600/rahim+ismail.jpg
Abdul Rahim yang juga Ketua UMNO Bahagian Papar berkata untuk merobohkan tembok perpaduan itu amat mudah sebaliknya untuk membinanya semula amat payah.

“Saya harap rakyat Malaysia tidak memandang remeh soal kepentingan memelihara perpaduan kerana ia merupakan tonggak kekuatan keharmonian dan kesejahteraan hidup rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

“Perpaduan yang dibina selama berpuluh-puluh tahun di Malaysia adalah hasil daripada perjuangan dan permuafakatan para pemimpin yang mewakili pelbagai kaum dan agama di negara ini.

“Sama ada suka atau tidak, Malaysia terbentuk melalui perpaduan rakyat pelbagai kaum dan fahaman agama. Kaum tertentu tidak boleh menafikan kewujudan kaum lain,” katanya pada majlis konvoi Hari Malaysia ‘SehatiSejiwa’ bersama-sama Eksplorasi Sehati Sejiwa Negeri Sabah yang berakhir di Papar, malam tadi. 

Abdul Rahim, yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri Sabah, turut mengecam tindakan biadap segelintir peserta perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.

“Berdemonstrasi adalah satu perkara tetapi membiarkan anak-anak remaja memijak gambar pemimpin negara adalah satu bentuk penghinaan kepada pemimpin, bahkan negara, yang sama sekali tidak dapat diterima.

“Perbuatan seumpama itu amat berat dan tidak adil kepada Datuk Seri Najib, kerana beliau bukanlah Perdana Menteri yang berkhidmat untuk kepentingan satu kaum tertentu, tetapi untuk seluruh rakyat dan negara Malaysia,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment