Tuesday, September 08, 2015
Justo Dedah Nurul Izzah Mahu Bayar RM8.62 Juta Untuk Data 1MDB
Bekas kakitangan Petrosaudi International, Xavier Andre Justo, 49 dalam
pengakuannya mendedahkan Nurul Izzah Anwar turut berminat membeli data
berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Namun menurut pengakuan warga Switzerland itu, Nurul Izzah yang juga
Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR bukanlah pembeli
berpotensi yang dimahukannya dan mengakui sifat tamak menguasai dirinya
dengan meletakkan bayaran tunai AS$2 juta (RM8.62 juta).
Dalam pengakuan itu juga menyebut, Nurul Izzah menawarkan bayaran dalam
bentuk kontrak sekiranya pembangkang mengambil alih Putrajaya daripada
pentadbiran Najib, namun Justo menolak.
Malah dalam pengakuan itu juga mendakwa Clare Rewcastle Brown yang
merupakan Editor Sarawak Report bertanggungjawab menjadi orang tengah
atau broker yang membawa Nurul Izzah ke dalam urusan itu.
“Sekitar September 2014, Clare menghubungi saya dan menjemput saya ke
Bangkok dan berkata anak perempuan Anwar Ibrahim berminat dengan data
itu, namun saya menolak apabila Nurul hanya mahu membayar AS$2 juta
dalam bentuk kontrak kerajaan apabila mereka berkuasa dan saya menolak,”
katanya memetik laporan Berita Harian.
Justo juga mendakwa Rewcastle Brown cuba mendekati beberapa pembeli
lain, namun ia gagal. Pada Februari, Justo dihubungi Rewcastle Brown dan
mendakwa dia bersama Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua telah
mengatur penjualan kepada pemilik Kumpulan Media The Edge, Tong Kooi Ong
dan pertemuan itu diatur dalam masa terdekat.
Justo dalam pengakuannya turut mendakwa Kooi Ong dan Penerbit dan Ketua
Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Ho Kay Tat dimungkiri. Justo bagaimanapun
ditahan oleh pihak berkuasa Thailand ketika menunggu bayaran itu.
Justo ditahan oleh Polis Thailand pada 22 Jun lepas setelah PetroSaudi
International membuat laporan yang mendakwa dia telah memeras ugut
syarikat itu yang menjadi rakan usahasama 1MDB.
Dalam pada itu, pengakuan Justo turut mendedahkan dakwaan bahawa
Rewcastle Brown menolak bayaran daripada Justo kerana menjadi brokernya.
Penolakan itu menurut pengakuan terbabit adalah kerana Rewcastle Brown
hanya mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan ia
katanya “bayaran itu lebih daripada mencukupi”.
Dalam pada itu, Kumpulan Media The Edge menafikan terbabit dalam konspirasi yang mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Penafian itu dibuat oleh Kay Tat dan Kooi Ong dalam satu kenyataan yang
dikeluarkan semalam dan mendakwa kepentingan itu dipertahankan hanya
untuk mendedahkan keadaan dalam 1MDB serta urusan kewangan dan
perniagaannya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment