Friday, September 18, 2015

Justo : Izzah Bakal Disiasat Polis... Padan Mukanya

KUALA LUMPUR : Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar individu terkini yang akan disiasat kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen, selepas laporan di beberapa akhbar Umno mendakwa beliau membuat tawaran membeli data curi mengenai transaksi antara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan PetroSaudi International.

Peguamnya, Latheefa Koya memberitahu The Malaysian Insider polis datang mencari ahli Parlimen Lembah Pantai itu di pejabatnya untuk menyoal siasat tetapi dimaklumkan Nurul Izzah tiada.

“Nurul Izzah disiasat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan tetapi masih belum disoal siasat,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Polis datang mencarinya semalam  tetapi dia tidak ada. Nurul Izzah akan balik pada Isnin,” katanya.

Nurul Izzah pada masa ini berada di Amerka Syarikat untuk bertemu dengan pegawai Jabatan Negara, ahli politik, pemimpin masyarakat sivil dan peguam antarabangsa, dalam cubaan untuk mengumpulkan tekanan antarabangsa terhadap Putrajaya untuk memberi perhatian perubatan serta-merta kepada bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memerlukan pembedahan segera kerana kecederaan di bahunya.

Beliau juga berada di sana untuk memberi taklimat kepada pegawai Amerika mengenai dakwaan skandal membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, termasuk berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun bank peribadinya dan isu 1MDB.

Siasatan terkini terhadapnya itu dipercayai susulan laporan New Straits Times (NST) dan Berita Harian, yang melaporkan Nurul Izzah menawarkan AS$2 juta kepada bekas pekerja PetroSaudi Xavier Andre Justo menerusi kontrak masa depan sebagai pertukaran kepada maklumat yang dicuri daripada majikannya.

NST dan Berita Harian berkata, Justo mahu AS$2 juta dalam bentuk tunai, dan menurut pengakuannya, Nurul Izzah sebaliknya menawarkan untuk membayarnya dalam bentuk kontrak apabila pembangkang mengambil alih kuasa persekutuan.

Naib presiden PKR itu, yang baru-baru ini bersama ahli parti lain memfailkan saman terhadap Najib kerana dakwaan perbelanjaan melebih-lebih dalam pilihan raya umum pada 2013, menafikan tuduhan itu, berkata beliau tidak pernah bertemu Justo dan kini memulakan prosiding undang-undang terhadap kedua-dua akhbar berkenaan.

Justo pada masa ini menjalani hukuman penjara 3 tahun di Thailand kerana peras ugut bekas majikannya dengan maklumat mengenai 1MDB. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment